27 | 𝐮𝐬

146 55 0
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

Ishraf mendengar enjin kereta milik Aryna yang keluar dari kawasan perumahan mereka.

"Well now, just both of us here." Ishraf terus menarik Alessia bersamanya. Dia terus berjalan kearah laman belakang.

"Heh, kau ingat aku bagi kau duduk sini dengan senang lenang je. Dalam mimpi!" Ishraf berkata sambil menarik Alessia bersamanya.

Alessia yang meronta ronta minta dilepaskan, hanya diabaikan begitu saja.

"Aku pun tak minta nak duduk senang lenang pun dekat sini!" Alessia menjerit disitu. Tindakannya berjaya membuatkan Ishraf berhenti.

"Memang! Memang kau tak minta.. tapi aku ni.. aku yang tak sampai hati nak susahkan engkau.." Suara Ishraf yang tadi kuat, juga menjadi kendur.

"Apa maksud kau?"

"Perlu ke aku bagitahu dekat kau?" Lelaki itu cuma tertawa hambar. Dasar hati, kata mahu balas dendam. Tapi dikhianatnya tuan badan.

Tangan yang mengenggam tangan Alessia tadi semakin dieratkan. Dia cukup yakin, tidak mahu lepaskan wanita yang kini dihadapannya. Tak akan.

"Kau.. kenapa suka seksa diri sendiri?"

Ishraf terkedu dengan soalan yang dilontarkan oleh Alessia. Dia seksa dirinya sendiri..

"Kau pentingkan diri, tak mahu dengar langsung penjelasan orang lain. Kau buat macam semua orang yang dekat dengan kau, ada salah." Lelaki itu hanya diam sahaja. Tidak membalas.

"Dalam masa yang sama, kau cuma isikan minda kau dengan perkara yang negatif dan bahayakan diri sendiri."

Ishraf hanya mengukir senyum hambar. Wanita ini hanya meludahkan fakta yang akhirnya menikam dirinya sendiri.

"Macam mana kau boleh tahu, Alessia? Aku nampak macam orang yang terseksa ke?" Ishraf melepaskan tangan Alessia dan dia terus terjelepuk disitu. Sakit dengan fakta yang disampaikan.

Alessia hanya diam, takut dengan apa yang dia suarakan tadi hanya akan membuatkan lelaki yang terduduk dihadapannya kini hilang kawalan.

Alessia perlahan lahan mencangkung di hadapan Ishraf, "Kau dah pernah jumpa psikiatri ke, Ishraf? Mungkin diorang boleh tolong kau."

Secara tiba-tiba Ishraf ketawa, Alessia terus berundur ke belakang. Seram dengan perilaku Ishraf. Lelaki ini sudah gilakah?

"Kenapa aku nak kena jumpa diorang! Diorang bukannya faham aku pun.. Sikit sikit makan ubat! Aku tak sakitlah!"

Terbit kerutan didahi Alessia. Ubat? Ubat anti-depression atau ubat apa?

"Memanglah kena makan ubat, lepastu macam mana kau nak sembuh?"

"Kau ni.. bodohkan?" Terkedu Alessia mendengar Ishraf berkata begitu. Aku pula yang kena?

"Kalau aku makan ubat pun, aku still sakit nak buat apa? Setakat nak tenangkan aku, ubat tidur pun boleh buat benda yang sama!." Ishraf memandang tajam mata Alessia. Mata wanita itu betul betul membuatnya terpukau.

"Ei, macam mana aku boleh suka dekat budak lembab macam kau ni." Dengan lajunya Ishraf menutup mulutnya. Aku tersalah cakap!

"K..kau cakap apa tadi?" Alessia terkebil kebil mendengar luahan secara tidak sengaja milik Ishraf.

"Tak.. Abaikan apa yang aku cakap tadi." Ishraf terus bangun, ingin masuk ke dalam rumah. Malu dengan apa yang dia katakan tadi.

"Oh.. okay.." Alessia hanya berdiri, melihat Ishraf yang mula menapak masuk ke dalam rumahnya kembali.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now