33 | 𝐡𝐢𝐦

131 9 0
                                    

"Kerja gila apa yang kau buat tadi!" Jerkahan lelaki itu membuatkan Keysha terkejut.

Keysha hanya diam tidak berkutik. Takut melihat amarah lelaki itu yang semakin memuncak.

"Aku tanya kan, jawablah bodoh!" Rambut Keysha direntap kasar sebelum dagu runcingnya dicengkam kuat.

"Sa.. sakit.." Keysha hanya mampu berdesih sakit, dia tidak mampu melawan lelaki ini.

Kudratnya sebagai wanita bagaikan langit dan bumi dengan dia. Berbeza yang teramat jauh.

Khai terus melepaskan cengkamannya dari rambut dan dagu Keysha sebelum tubuh wanita itu ditolak jauh. Keysha hilang keseimbangan sebelum punggungnya mencium lantai simen yang berdebu itu.

"K-kau... betul-betul cabar aku, Keysha." Suara Khai tersekat-sekat menahan amarah yang sebentar lagi mungkin meletus. Dia meraupkan mukanya sebelum berjalan mundar-mandir, cuba untuk menenangkan diri.

Fikiran Khai amat kusut dengan apa yang sedang dia alami saat ini, susah sangat ke wanita ini untuk mengikuti pesannya? Dia rasa tak adalah susah mana pun apa yang dia suruh. Dia kembali meramas rambutnya sebelum menjerit.

Keysha terkejut mendengar jeritan milik Khai, namun dia abaikan sahaja memandangkan diri Khai sendiri yang menjerumuskan dirinya dalam kancah masalah ini. Tubuhnya rasa nyeri yang teramat.

Keysha menepuk-nepuk punggungnya yang terasa nyeri yang teramat sangat. Dia mendesis apabila reseptor sakit mula menjalar ke seluruh tubuhnya. 

"Aku cuma cuba nak jauhkan dia dari kau je.." Keysha takut jika apa yang keluar dari mulutnya ini bakal membuatkan lelaki itu marah.

Khai memandang tepat ke arah Keysha sebelum mengerutkan keningnya. 'Perempuan ni membebel apa pula sorang-sorang?' hati kecil milik Khai mahu sahaja berjalan ke arah Keysha dan bertanyakan kembali apa yang dia katakan namun Khai tepis kasar niatnya itu.

"Kau pergilah balik, buat semak je dekat sini." 

Keysha mengerutkan keningnya, sebelum jari telunjuknya bergerak menunjukkan dirinya sendiri. 'dia bercakap dengan aku ke?' Keysha bergumam kecil.

"Aku cakap dengan kaulah, lembab. Kau nampak macam ada orang lain ke dekat sini?" Suara Khai naik seoktaf. Geram.

Keysha terus berjalan mengambil beg galasnya sebelum berjalan keluar dari ruangan tersebut. Namun langkahnya terhenti apabila Khai memegang kejap pergelangan tangannya. 

Keysha terus memandang ke arah tangan Khai yang menggenggam tangannya sebelum matanya bergerak memandang muka kacak Khai. "Kenapa?" Keysha bertanya kepada lelaki itu.

Khai mengejapkan lagi cengkamannya pada tangan Keysha, dia tahu yang Keysha tengah menahan sakit tapi kisah apa dia asalkan perempuan ni berhenti pun dah cukup.

"Kau buat lagi benda ni, lepas ni. Jangan harap family kau tu boleh tengok masa depan anak dia yang tengah hancur ni." 

Keysha menelan liur kesat mendengar amaran yang keluar dari mulut Khai, jangan main-main dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut dia. Memang akan di jadikan kenyataan.

Amat berbeza dengan Ishraf yang masih mempunyai sifat belas kasihan walaupun lelaki itu agak kasar dan dingin. Untung Alessia dapat lelaki macam Ishraf tu.

Khai mendekatkan mukanya dengan Keysha sebelum berbisik, "Kau belum cukup kenal dengan aku, Keysha. Jadi jangan cuba-cuba kau bandingkan aku dengan sesiapa pun yang muncul dalam fikiran kau sekarang. Okay, sayang?"

Khai terus menjauhkan dirinya sebelum dengan refleksnya, dia cuba untuk mengelus puncak kepala Keysha namun tindakannya terhenti apabila melihat Keysha memejamkan rapat matanya. 

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now