ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦prey
Alessia terus meluru ke arah keretanya yang terletak di tempat parking. Belum sempat Alessia memasukkan kunci, seseorang telah merentap tangannya.
"Woah, bro chill okay? Sakit tangan aku." Alessia menggosok tangannya yang mula muncul kesan kemerahan.
"Berapa kali aku nak cakap? Jangan rapat langsung dengan dia! Dia tu boleh berubah bila bila masa je." Lelaki itu mula memberikan aku amaran.
"Alah kau ni Khai, cuba tenangkan diri dulu? Aku tahu apa yang aku buat sekarang." Alessia terus membatalkan hasratnya untuk untuk pulang ke rumah.
Alessia berjalan perlahan ke cafeteria, diikuti dengan Khai dari belakang. Alessia terus mengambil tempat duduk yang tersedia.
Kerusi di depan Alessia ditarik sebelum Khai melabuhkan punggungnya. Khai hanya mengeluh. "Sekarang ni, kau nak balik ke nak lepak?" Alessia hanya menggeleng.
"Aku tak ada mood nak lepak, rasanya aku balik rumah terus kot sebab abang aku kata dia balik harini." Khai hanya mengangguk.
"Kalau macam tu, tak apalah. Kau pergi balik, rest apa semua. Aku tengok kau macam tak sihat je." Alessia hanya tersenyum mendengar bebelannya.
"Kau ni membebel macam makciklah, Khai." Alessia terus bangun dan kerusi yang di dudukinya kembali di tolak ke dalam meja.
"Kau nak aku teman tak?" Alessia hanya menggeleng sebelum terus berjalan ke tempat meletakkan kenderaannya semula.
Alessia terus membuka pintu dan masuk kedalam kereta. Telefon yang berada didalam beg Alessia keluarkan.
Aplikasi WhatsApp ditekan, melihat chat yang masuk. Tangan Alessia yang sedang menggeser skrin telefon itu terhenti. Alessia melihat kembali chat yang Lyn kirim kepadanya sebelum bertolak.
Amalyn <3
Lari dari dia, sejauh yang mungkin. Sekali kau masuk perangkap dia, kau tak akan dapat keluar lagi.
"Apa maksud dia? Aku kena lari dari siapa?" Alessia terus menghidupkan enjin namum belum sempat Alessia menekan pedal minyak, seseorang telahpun membuka pintu di bahagian penumpang dan masuk ke dalam kereta milik Alessia.
Kerana inilah, semua pemandu wanita perlu memastikan semua pintu di kunci terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Alessia panik, tidak tahu apa yang perlu dilakukan oleh dirinya. Bodoh, masa macam ni jugalah otak lembap. Alessia terus menarik nafas ingin menenangkan dirinya dari panik.
Alessia terus melihat siapa gerangan yang masuk ke dalam keretanya. Mata Alessia terbuntang luas.
"Yah! Keluarlah, kau buat apa dalam kereta aku ni." Alessia menjerit sebelum menolak Ishraf, menyuruh lelaki itu keluar dari keretanya.
Tapi apakan daya, tenaga perempuan tak sebanding dengan lelaki. Alessia terperangkap apabila Ishraf mendekatkan badannya.
"Kau nak apa?" Alessia menggigil ketakutan, risau jika diapa apakan oleh Ishraf. Lelaki ini tidak dapat dibaca tindak tanduknya.
Ishraf terus mencengkam tangan Alessia, sebelum Ishraf mula berbisik. "Aku tak suka lelaki lain pandang kau macam tu. Aku. Tak. Suka." Ishraf menekan satu persatu ayatnya.
"Kau ni kenapa? Gila ke? Tepilah!" Alessia terus menolak Ishraf. Kedengaran bunyi kepala Ishraf yang terhantuk dengan pintu kereta milik Alessia sebelum lelaki itu ketawa terkekeh kekeh dan akhirnya tidak menyedarkan diri. Bau arak mula merebak.
YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Ficção Adolescente[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...