𝐏 𝐑 𝐎 𝐋 𝐎 𝐆

1.1K 285 24
                                    


ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

Hujan mula membasahi bumi. Sang hujan bagaikan memahami apa yang sedang dia rasai kini. Badan yang mula basah kuyup akibat hujan mula berjalan dan hampir juga terjelepuk ke tanah. Namun semakin dia berjalan, dia terasa seperti ditimpa batu yang berat. Ya tuhan, bantu aku. Bantu aku menjalani ujianMu Ya tuhan.

Air mata laju mengalir bersama hujan yang sedang lebat. Tangisan semakin kuat. Mahu saja dia menjerit disini, menghamburkan kesakitan yang sedang dia rasai kini. Namun apakan daya, dia tidak mampu.

'Ya tuhan, maafkan hambamu ini. Hambamu yang kerdil ini hanya mengingatiMu ketika dalam kesusahan sahaja. Bukan ketika kesenangan terukir, tidak langsung mengucapkan syukur keatas nikmat yang Kau berikan.'

Andai diberi peluang, aku akan menggunakannya sebaik mungkin, tidak akan menolak pelawaan ibu bapanya untuk kembali semula ke tempat asalnya. Bumi Amsterdam mula terbayang di fikiran, suara ibundanya yang memberikan bebelan kepada sang abang.

Kembali ke alam realiti, jika menyesal tiada gunanya juga. Dia terjelepuk ke jalan raya, menangisi nasibnya kini.

Mata yang berpinar, kini merasai kesakitan yang teramat sangat. Bahagian kepala dipegang dan sebuah erangan dilepaskan.

'Aku tak rasa permainan ni akan bertahan lama. Tapi... Macam mana ada orang boleh masuk campur dalam permainan ni?'

Sebuah erangan dikeluarkan lagi, kesakitan mula menjalar keseluruh saraf. Badan yang mula terasa berat dan dia hanya membaringkan badannya disitu. Diatas jalan raya dalam keadaan hujan lebat dan suasana malam yang pekat.

Guruh berdentum, kelajuan bunyi yang mengatasi kelajuan cahaya. Kini kilat pula mula menyambar. Rasa tenang mula menjalar dan segala kesakitan menghilang.

Dia hanya boleh tersenyum nipis dan membiarkan matanya yang mula tertutup. Sebelum aku mula tidak sedarkan diri, aku mendengar bunyi enjin kereta dan jeritan seseorang

"Cik? Cik okay ke ni?" Lelaki itu senyap buat seketika. Kemudian aku mendengar suara seorang wanita mungkin.

'tunggu aku dekat sana tau, abang.'

Gelap mula menguasai diri dan kini aku mula tidak menyedarkan diri.

Disember, 2021

'Apa khabar sang bidadariku kini?' Sebuah senyuman mula terukir. Tangisan mula pecah akibat diserang memori yang mahu dilupakan. Namun apakan daya, kuasa hanya berada di tanganNya.

Batu nisan dipegang dan diusap. Dia hanya mampu melihat sahaja kematian sang bidadari yang dicintai. Hanya bersembunyi disebalik jendela yang usang itu.

Ketika detik sakaratul maut mula menjalankan tugasnya iaitu mencabut roh dari jasad yang bernyawa, aku hanya memandang dan menangisi wajah yang dipenuhi dengan darah itu. Gerakan bibirnya hanya bergerak menyebut kalimah syahadah dan sang bidadari memandangku dan mengucapkan 'I love you ' sebelum dia menutup mata buat selamanya.

Selepas habis bacaan yasin, aku menyedekahkan surah al-fatihah kepadanya.

'Tenanglah kau di sana, sang bidadari.'

Aku memandang ke arah tanah kuburnya yang masih merah sebelum melangkah keluar dari tanah perkuburan islam tersebut.

'Terima kasih,
Buat pengorbananmu selama ini.'

'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now