ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦"Satu lagi bala datang." Ishraf menggumam di bawah nafasnya. Namun, didengari oleh Alessia yang hanya memerhati sosok tersebut.
Helmet dibuka kemudian menampakkan wajah jelita milik Laila. Dia mengibas ngibaskan rambutnya yang panjang terurai sebelum diikat menjadi sanggul, menyerlahkan lehernya.
Wanita itu berjalan mendekati Adrran sebelum mencium pipi lelaki itu.
Terbutang mata kami semua, Alessia jangan kata lagi, dia seperti ingin menjerit histeris di situ juga.
Laila terus mencapai tangan Adrran sebelum mengenggam erat tangan lelaki itu. "Hi, you guys!" Laila mengukir senyum sebelum dia melambai kecil kearah kami semua.
Tanpa sedar, Alessia menggengam tangan kekar milik Ishraf. Memerlukan semangat untuk menerima kenyataan yang baru sahaja dilihat.
Ishraf yang sedar akan tindakan Alessia hanya membiarkan. Dia mengukir senyum kecil sebelum menukarkan riak wajahnya. Dingin.
"Asal kau datang sini?" Ishraf bertanya kepada Laila. Sempat lagi dia meludah darah yang terkumpul di dalam mulutnya.
"Alah, biarlah I nak datang sini pun. I nak jumpa bakal kakak ipar I." Laila mengelipkan matanya sebelum memandang kearah Aryna.
Tercengang Aryna melihat kelakuan Laila, mahu sahaja dia muntah hijau di depan wanita itu. Nasib baik dia 'tetamu' sahaja walaupun kedatangannya tidak diundang.
"Kau, nak jadi adik ipar aku? Nauzubillah, semoga dijauhkan."
Muka Laila mula bertukar rona, malu apabila Aryna berkata begitu. Sudahlah di depan Alessia dan Ishraf.
Alessia hanya mampu menahan tawa mendengar jawapan spontan milik Aryna. Kalau dia yang kena tu, dia sanggup tanam diri sendiri.
"Ew, nak termuntah aku dengar. Siapa yang jadi suami kau? Aku taknak." Ishraf membalas.
Muka Laila betul betul panas, malu. Tak kisahlah, asalkan dia dapat tengok muka Ishraf pun dia dah puas.
Namun belum sempat Laila membalas, dengan lajunya Aryna terus memotong percakapan mereka. Malas mahu bergaduh dengan cuaca yang agak sejuk diluar, itu namanya sengaja cari penyakit kau tahu.
"Enough, bergaduh macam budak budak. Tak sedar ke korang semua ni dah lebih dari 20 tahun? Ke semua still tak sedar lagi?" Aryna memandang tajam semua orang yang berada di situ.
Semua terdiam, Aryna hanya mampu mengeluh. "Kita bincang pasal benda ni elok elok dekat dalam, okay?"
"Tak nak, aku datang sini just nak ambil Alessia je. Bukan nak melepak macam kedai mamak."
Ishraf hanya mampu menahan amarah yang semakin memuncak, ni kalau dia tumbuk muka mamat jambu depan dia ni. Agak-agak mati tak?
"Ikut je apa yang dia cakap boleh tak? Kau jangan nak mengada ngada sangat. dahlah datang rumah orang, tak diundang pula tu. Tak tahu malu betul."
Terkedu.
Ishraf betul betul menghunuskan pedang yang tajam, hanya sekali ayunan sahaja, ianya meninggalkan bekas yang mendalam.
"Memang, memang aku tak tahu malu. Sebab aku datang sini, nak betulkan kebenaran." Adrran terus berjalan berhadapan dengan Ishraf.
Hanya kedengaran tawa sinis dari bibir Ishraf. "Kebenaran? Kebenaran apa? Aku hanya buat benda yang aku rasa be.." Kata kata Ishraf terputus kerana kenyataan yang mengejutkan semua.

YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Roman pour Adolescents[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...