10 | 𝐡𝐞𝐥𝐥

345 160 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

hell

"Untuk pertanyaan awak tu, pihak kami sendiri tak dapat nak berikan jawapan sebab kes masih lagi dalam siasatan." Mereka semua mengangguk faham.

Encik Taufik mula mendapat panggilan dan ini membuatkan kami semua kembali memandang antara satu sama lain.

"Baiklah, saya di arahkan untuk membawa kamu semua pulang sekarang. Sila kemaskan barang kamu tanpa meniggalkan sebarang sampah ya." Pengumuman yang diberikan memberikan mereka sinar cahaya untuk keluar dari kawasan tersebut.

Mereka semua bangun dan mula berjalan kearah khemah masing masing. Langkah kami terhenti apabila pegawai polis tersebut kembali memanggil kami.

"Saya akan hubungi kamu semua nanti ya, untuk pengumpulan bukti dan juga saksi bagi kedua dua kes ini." Mereka semua hanya mampu bersetuju tanpa sebarang bantahan dan kembali melangkah kearah khemah masing-masing.

"Weh." Alessia memanggil Aina. Aina yang sedang menutup beg rodanya terhenti. Aina memusingkan kepalanya memandang Alessia.

"Apa?" Aina mengangkat kening sambil memandang Alessia, kemudian Aina terus menyambung menutup begnya dan terus meletakkannya di luar khemah.

Perbuatan Alessia terhenti. Belum sempat Alessia membuka mulut, Aina terus meletakkan jarinya di depan mulut Alessia.

Alessia hanya mengangkat kening melihat tindakannya. "Aku tahu kau rasa pelik, tapi bukan ke yang last dengan Lyn sebelum tu, 'dia' ke?"

Alessia mengangguk setuju. Alessia terus kembali mengemas begnya sebelum di letakkan juga di luar khemah, Aina menyambung kembali percakapannya yang terhenti sebentar tadi.

"Bukan apa tau, tak silap aku last dia yang minta Lyn teman dia pergi sungai kan? Sakit perut katanya. Tapi kenapa tiba-tiba polis kata, Keysha yang dengan dia?" Aina terus keluar dari khemah.

"Mesti ada yang putar belitkan benda ni. Tapi siapa?" Alessia pula melontarkan soalan kepada Aina. Aina hanya mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.

Kain tenda dilipat kecil sebelum dimasukkan ke dalam beg yang disediakan.

"Dahlah. Kita lupakan dulu pasal benda ni." Aina mengangguk setuju. Mereka berdua berjalan ke tempat di mana para pelajar disuruh berkumpul. 2 buah bas yang di tunggu-tunggu telahpun tiba.

"Weh, kau nak duduk sebelah Ishraf lagi ke? Aina bertanya. Alessia dengan refleksnya meluku kepala Aina.

"Kepala hotak kau. Dia tu dahlah gatal. Taknak aku." Aina hanya tergelak melihat muka Alessia yang mula masam mencuka.

"Baiklah, kamu semua perlu duduk dengan pasangan kamu macam sebelum ni ya." Cik Hanis mula memberikan arahan.

Aina terus menepuk bahuku. "Tabahlah, Alessia. Kau dengan mamat tu macam perfect couple dah aku tengok."

Aina terus melarikan diri, sebelum Alessia sempat membuat apa apa. Mata Alessia yang sedang melilau mencari Ishraf terus terhenti.

"Dia tengah panggil aku ke?" Alessia menggumam sendiri. Alessia kembali melihat Ishraf yang sedang melambaikan tangannya yang menyuruh Alessia datang kepadanya.

Alessia yang masih berdiri di sini, membuat Ishraf menggulingkan matanya sebelum berjalan kearah Alessia.

"Minah ni, aku tengah panggil dia kot. Dia buat bodoh je. Ey, geram pula aku." Alessia mendengar Ishraf menggumam sebelum Ishraf terus menarik tangan Alessia untuk menyertai rakan rakannya yang lain.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now