24 | 𝐫𝐚𝐢𝐧

140 65 0
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

Ishraf hanya melihat Alessia yang berhenti berjalan secara tiba tiba. Dia terus memberi isyarat kepada pegawainya agar masuk ke dalam terlebih dahulu.

Hujan yang tadi renyai tiba tiba sahaja semakin lebat. Alessia masih lagi berdiri tegak disitu, tidak berganjak walau seinci.

Ishraf juga melihat kereta yang tadi membawa Alessia tadi bergerak pergi. Ishraf pasti Alessia mesti kesal dengan rakan rakannya sekarang.

Alessia mesti tengah mengutuk diringa sekarang kan? Ishraf terus membuka mulut, menegur Alessia kerana mengutuk dirinya.

"Stop calling me a psycho. I just want to save you from them."

Alessia terus berpusing menghadap Ishraf. Bibir Alessia yang mula pucat itu bergerak. "Selamatkan.. Kau sepatutnya selamatkan diri kau dulu."

Hampir terhambur ketawa Ishraf mendengar dia berkata begitu. Namun, Ishraf hanya kekalkan ekspresi dingin.

Badan Alessia mula menggigil kesejukkan. Ishraf juga agak sejuk berada dibawah hujan lebat ini.

Ishraf melihat tubuh Alessia yang melayang, mula hilang kesedaran diri. Mata Alessia terkatup, rapat dan muka pucatnya, cantik.

Ishraf terus menangkap tubuh Alessia sebelum menyembah ke tanah. Ishraf meletakkan tangan Alessia diatas bahunya sebelum dia berjalan perlahan masuk ke dalam bangunan.

Ya, memang bangunan tersebut agak gelap. Namun masih lagi ada sumber cahaya yang dapat menerangi gelap bangunan ini.

Ishraf mencari dimana dirinya meletakkan kenderaan miliknya tadi. Tangan bergerak masuk kedalam poket seluar. Mencapai kunci kereta dan menekan butang pada kunci tersebut.

"Hei, jangan lupa kemas balik semua benda yang bersepah ni. Including barang barang yang korang guna."

Tiada balasan daripada mereka semua, mesti mereka semua kepenatan kerana berjaga sepanjang malam.

Pintu dibuka. Ishraf membaringkan badan Alessia ke dalam kereta, selimut yang memang berada di tempat duduk belakang di ambil.

Ditutupnya badan Alessia yang menampakkan lekuk tubuhnya akibat baju yang basah yang melekat dengan kulitnya itu.

Ishraf tersenyum, rasa gusar membalut diri. Risau nak bawa balik anak dara orang ni. Nasib baik, dekat rumah tu ada kakak. Kalau tidak, mahu mereka berdua ditangkap khalwat.

Ishraf mengeluh, macam menyesal buat benda ni pun ada juga. Tapi.. lantaklah, benda dah jadi.

Pintu penumpang terus ditutup dan Ishraf mula berjalan ke tempat pemandu dan masuk ke dalam kereta.

Enjin dihidupkan sebelum Ishraf terus menekan pedal minyak, keluar dari kehijauan hutan.

Sampai sahaja di rumah, langit masih mendung dan Alessia masih lagi tidak sedarkan dirinya.

Ishraf terus keluar dan mengangkat Alessia yang berada ditempat duduk belakang.

Pintu hadapan yang tidak tertutup rapat itu, Ishraf rempuh sahaja dan tindakan itu hampir membuatkan kakak mencampakkan sudip yang dipegangnya kepada Ishraf.

Alessia diletakkan ke atas sofa yang berada di ruang tamu itu.

"Eh, kau. Salam apa semua tak bagi, main rempuh je!" Wanita yang 5 tahun lebih tua itu memarahi dirinya.

Dahi Ishraf berkerut tanda tidak suka, 'aduh, akak ni bisinglah. Semak kepala otak aku.' Rambut yang tadi terurai elok terus diserabutkan.

"Dahlah, kak. Kau bising tahu tak?" Suara Ishraf dengan secara tidak sengajanya meninggi.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now