ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦"Kau sentuh dia. Kau mati." Andrei berkata, tangan yang sudah sedia memegang pisau lipat itu dihalakan kepada penceroboh itu.
Penceroboh itu berdecit sebelum ketawa besar. "Ah, bodohnya aku. Lupa dengan kewujudan kau dalam family ni." Dia memandang Andrei.
'bodoh.' Andrei bergumam perlahan. Wajah lelaki itu ditilik. "Aku tak sangka kau sanggup khianat Alessia dalam diam, kan?"
Sekali lagi lelaki itu ketawa. "Oh please, aku masih boleh berfikir lagi nak berpihak pada orang yang bodoh."
Andrek mengetap giginya, dia terus memandang ke arah tangga. Memikirkan tentang Alessia yang sedang tidur.
"Oh, dia ada dekat atas ke?" Lelaki itu turut memandang ke tangga. Andrei mengemaskan pegangan pisau lipat yang berada di tangannya.
Andrei yang melihat penceroboh tersebut sedang terleka terus meluru kearahnya dan menusuk bahu kiri lelaki itu.
Lelaki itu menjerit kuat, Andrei sedar tentang tindakannya itu dan sanggup menanggung konklusinya, asalkan orang yang dia sayang selamat.
Walaupun bahu kirinya ditusuk, lelaki itu terus laju meluru kearah Andrei dan menumbuknya menggunakan tangan kanan. Tangan dominan.
"Kau dengar sini baik baik!" Lelaki itu berkata kepada Andrei sebelum menumbuknya. Andrei menahan mukanya agar tidak terkena tumbukan itu.
"Kalau bukan sebab mak kau, mesti takkan jadi macam ni!" Belum sempat tumbukan seterusnya dilayangkan, Andrei terus menolak lelaki itu jauh dari dirinya.
Andrei melihat lelaki itu sedang menekan bahu yang ditusuk sebentar tadi.
"Kau bodoh, Khai! Kenapa kau nak sangat ikut telunjuk Ishraf, hah?" Andrei menjerit kearah Khai yang sedang menekan bahunya agar tidak mengeluarkan darah dengan lebih banyak.
Andrei menyambung lagi. "Semua benda tu hanya kisah silam! Zaman khilaf parents kita! Takkan kau tak sedar?" Mereka berdua berhadapan sesama sendiri, sebelum Andrei membuka mulut kembali.
"Kau bodoh, kalau kau tolong Ishraf lunaskan dendam dia dekat mak aku. Sumpah aku kata, kau bodoh."
Khai terkedu seketika, mereka berdua terkejut mendengar bunyi pintu yang dihempas. Langkah kaki yang berbunyi dari atas hingga ke bawah hanya dilihat.
Alessia yang baru turun terkejut dengan keadaan mereka berdua yang berlumuran darah, tak lupa juga dengan keberadaan Khai di rumahnya.
"Kau orang ni dah kenapa? Seorang lebam sana sini, lagi sorang berdarah darah." Andrei berdecit, malas mendengar mak lampir seorang ini membebel.
"Nanti aku cerita, kau pergi naik atas balik." Alex menjeling ke arah Khai kemudian memandang ke arah Alessia pula.
Alessia menggeleng, tanda tidak mahu. Alessia terus berjalan mengambil kotak kecemasan di atas almari di dapur.
Alessia berjalan ke ruang tamu, tempat kosong di sebelahnya ditepuk tepuk. Menyuruh Andrei duduk di situ.
Andrei dengan pasrah, berjalan kearah Alessia dan duduk di sebelahnya. Andrei hanya melihat gerak geri Alessia yang mengambil anti-septik dan kapas.
Botol dettol yang mengandungi anti-septik itu dituang keatas kapas, kemudian di tekan kemuka Andrei.
Andrei mengaduh kesakitan, "Pelanlah sikit, sakit kau tahu tak?" Tangannya bergerak gerak ingin menghentikan tangan Alessia yang sedang menekan nekan lukanya itu.
YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Teen Fiction[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...