30 | 𝐣𝐢𝐣𝐢𝐤

224 33 0
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

"Dah dua minggu tak balik, lepastu kau terus jadi tuan puteri pula ya." Suara Puan Amanda memetir.

Alessia hanya mampu mengukir senyum sinis, dia tak sedar ke aku dah korbankan diri aku?

Dasar manusia tak kenang dek untung.

"Eh awak ni, bersyukurlah dia dah balik. Kalau bukan sebab dia, awak pun tak ada dekat sini tau!" Encik Yusri membalas balik perlian isterinya.

Alessia mendengar puan Amanda mendengus marah. Dia mengukir senyum sinis, tak salah kalau nak tambah minyak pada bara api yang panas kan?

"Entahnya, dasar manusia tak kenang dek untung." Alessia terus bangun dan meninggalkan mereka bertiga sendirian. Duduk dalam bilik lagi tenang.

Semestinya, semua mata tertuju pada Alessia. Gadis pendiam itu mula mengeluarkan pelurunya, maka hati hatilah.

Bunyi pintu tertutup terdengar di segenap ruang rumah itu. Puan Amanda memandang tepat ke arah Encik Yusri.

"Macam tu ke, abang didik anak kesayangan abang tu?" Puan Amanda bersuara, tidak berpuas hati.

Encik Yusri yang mula meluat dengan kerenah mengada milik Puan Amanda hanya diam. Malas mahu melayan.

Melihat Encik Yusri yang hanya diam, membuatkan Puan Amanda semakin geram. Sasaran dicari lagi, Andrei dijadikan mangsa bebelannya.

"Ha yang jantan ni, kau sibuk kenapa? Dah tak reti nak masuk bilik? Sibuk nak dengar orang tua bercakap."

Andrei yang disitu hanya terdiam, 'aku yang tak buat masalah pun kena tempias sekali.' Andrei gumam sendiri.

Andrei terus bangun sebelum perlahan lahan menaiki tangga, namun matanya masih menekap pada ibunya.

"Pergi masuk bilik sana!"

Mahu sahaja Andrei menggulingkan matanya, gedik betullah. Budak dekat universiti dia pun tak perangai macam ni.

Damn, terkutuk.

"Kenapa abang nak backup sangat budak berdua tu?" Puan Amanda mencekakkan pinggangnya. Dia memandang tajam Encik Yusri.

Encik Yusri hanya mengeluh, pelik dengan perangai isterinya yang makin menjadi jadi. Ingatkan lepas kena culik dah insaf.

"Tak, yang awak nak marah marah ni dah kenapa?" Encik Yusri memandang kearah Puan Amanda yang sedang mencekakkan pinggangnya.

Encik Yusri menyambung lagi "Kalau bukan sebab Alessia, awak takkan ada dekat sini tau. Nasib baik tak jadi apa apa dekat dia." Encik Yusri mula bangun, ingin naik ke bilik tidur mereka berdua.

"Baguslah kalau jadi apa apa pun." Puan Amanda bergumam sambil berjalan perlahan ke arah dapur, ingin mengambil segelas air.

Encik Yusri yang tadi mula mendaki tangga terhenti, dia memandang kearah Puan Amanda kembali "Astghafirullahalazim! Ada pula awak cakap macam tu? Dia anak awak tau!"

"Heh, anak saya ke anak awak dengan bini lagi satu tu?" Suara Puan Amanda memetir hebat. Sengaja dia menguatkan suaranya, biar Alessia dan Andrei mendengarnya.

Alessia yang tatkala itu diam tidak berkutik didalam bilik. Gila, itukah sebab ibunya membenci dirinya?

Dia,

Bukan anak kandung ibunya.. Malah, dia anak kepada isteri kedua ayahnya.

Atau sebaliknya ni?

Alessia hanya mampu mengeluh. Tiada sudah tidak berdaya mahu mendengar ibu bapanya bergaduh setiap hari.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now