ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦𝐤𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐧?
Alessia terjaga. Matanya terpisat pisat sembari matanya melirik ke arah jam digital milik yang sedang menunjukkan pukul 5:30 pagi.
Perkara pertama yang Alessia lakukan sebaik sahaja sedar? Tentu sahaja melihat cermin!
"Ergh! Aku dah agak mesti sembap punya muka aku. Haish, nak buat macam mana lagi, ni saja cara yang ada."
Terus tisu dicapai dan dibasahkan sedikit. Kemudian, Alessia mula tekankan sedikit demi sedikit tisu basah tersebut ke mukanya. Setelah beberapa minit, muka Alessia tampak seperti biasa semula, walaupun tidaklah begitu baik.
Alessia terus mengeringkan mukanya dengan tuala yang tersedia, perlahan lahan dirinya melangkah ke arah katil. Sebelum punggungnya di labuhkan ke atas tilam yang empuk itu.
Terdetik juga di dalam hati untuk solat, namun apakah daya. Dirinya sedang diberikan 'cuti'.
'Hmm, better aku ulangkaji sikit kan?' Alessia bergumam sendiri. Belum sempat Alessia turun dari katilnya, kedengaran bunyi telefonnya berbunyi nyaring, Alessia terus mencapai, sebelum menggeserkan jarinya untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello? Siapa ni? Eh, sekejap. Ni orang yang haritu ke?" Aku terus menyoal pemanggil tersebut. Hanya kedengaran deruan nafas kasar sahaja yang kedengaran dari pemanggil.
Alessia menekan butang 'loudspeaker' sebelum telefonnya dicampakkan kembali ke atas tilam.
Tangannya laju sahaja mencapai getah rambut, ingin mengikat rambutnya yang menghalang gerakannya.
Selesai sahaja Alessia mengikat rambutnya, Alessia terus memandang ke arah telefonnya yang masih tersambung dengan panggilan tersebut.
Mereka berdua hanya senyap, memandangkan tiada topik yang ingin di bincangkan membuatkan Alessia ingin menamatkan panggilan tersebut.
"Hello? Kau tak nak cakap ke? Kalau tak nak, aku letak eh? Bye."
Belum sempat Alessia menekan butang merah, kedengaran suara pemanggil namanya."Alessia? Kau baru lepas menangis ke? Aku ada letak something dekat depan pintu rumah kau. Jangan lupa tengok tau."
Kedengaran ketawa sinis dilontarkan oleh pemanggil misteri itu. Belum sempat Alessia ingin bertanya, panggilan itu terus terputus.
"Fuh, meremang bulu roma aku dengar suara dia tu. Tapi kan, tadi dia kata ada bagi something. Aku nak pergi tengoklah." Alessia mengomel sendirian.
Alessia terus melangkah keluar dari biliknya. Cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi, tidak mahu mengganggu tidur ibu dan ayahnya walaupun Alessia sedar yang mereka sering kali bertikam lidah.
Alessia perlahan lahan melangkah menuruni anak tangga, keadaan ruang tamu yang gelap gelita itu membuatkan Alessia ketakutan.
"Ish, waktu-waktu macam ni pula nak takut. Tadi bukan main nak tengok." Tangan Alessia laju sahaja naik ke atas dan mengetuk kepalanya sendiri. Biarlah kalau orang nampak pun, nanti diorang fikir aku gila.
Sampai sahaja di depan pintu, Alessia terus memulas pemegang pintu. Basmallah di baca takut jika ada makhluk lain yang mengganggu pula.
Buka sahaja daun pintu, hanya terlihat kereta milik Alessia dan ayahnya sahaja yang terparkir di hadapan rumah.
Alessia terus melangkah keluar, mencari dimana terletaknya hadiah yang dikata oleh lelaki misteri itu.
Ketika Alessia leka mencari, semak samun di bahagian taman rumah bergerak dengan sendirinya. Tidak terasa pun angin, ini membuatkan bulu roma Alessia sekali lagi meremang.
YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Teen Fiction[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...