Alessia hanya memerhati gerak-geri Andrei yang dari tadi tidak mahu berhenti berjalan.
Sekejap lelaki itu masuk kedai ni, kemudian ke kedai sebelahnya pula. Alessia rasa, dirinya sebagai seorang perempuan juga tidaklah complicated begini.
Andrei terus berjalan ke arah Alessia sebelum menarik tangannya agar mengikuti gerak langkah lelaki itu.
Alessia yang mula rimas hanya diseret itu terus merentap tangannya. Andrei terhenti sembari memusingkan badannya melihat kearah Alessia.
"Kau cari barang apa sebenarnya ni?" Alessia memandang tepat anak mata Andrei.
Andrei hanya tersengih, dia malu sebenarnya ingin memberitahu tentang kekasihnya pada adik perempuannya yang satu ini.
"Em, sebenarnya.." Andrei menggosok pangkal lehernya yang tidak gatal.
"Sebenarnya apa?" Alessia mencekak pinggangnya, lantaklah orang yang lalu lalang nak fikir apa pun.
"Aku tengah cari hadiah untuk anniversary kitorang." Andrei tersengih serta mukanya mula memerah.
Anniversary?
"Anniversary siapa?" Alessia menurunkan tangganya dari pinggang.
"Aku dengan girlfriend akulah, takkanlah mak dengan ayah punya kot."
'tch, sempat pula jantan ni nak berloya buruk dengan aku ya.' Alessia menggumam sendiri.
"Since bila kau ada girlfriend ni? Aku ingat ke muka macam jamban tak siap ni, tak ada orang minat."
Andrei ternganga mendengar balasan Alessia. Tak guna, sempat lagi dia kutuk abang dia ni.
"Sial, muka jamban tak siap kau panggil aku? Hello, elok sikit eh, aku dapat awek korea tau, kau apa tahu."
Alessia hanya memandang geli, ew, awek korea kononnya.
"Tch, tak percayalah tu."
"Memang pun. Eh, enough of this nonsense okay? Kau nak beli apa untuk girlfriend kau ni?"
Alessia memandang tajam Andrei, lelaki ini amat pandai bermain dengan kata-kata sehingga mampu menenggelamkannya dalam lautan kata miliknya.
"Actually, aku tak tahu nak beli apa." Andrei sekali lagi tersengih sambil anak matanya memandang ke arah Alessia yang sedang menahan amarah yang memuncak.
"Kau dari tadi heret aku, tapi kau tak tahu nak apa? Ish, geramnya aku dengan mamat ni!" Suara Alessia naik seoktaf sebelum Alessia terus meninggalkan Andrei sendirian di situ.
Alsssia terus melilau mencari kedai yang menjual barang kemas. Dia melihat nama kedai satu persatu.
Poh Kong..
Habib Jewels..
Aurora..
Eh, Aurora!
Alessia terus menarik tangan Andrei yang sedang mengikutinya dari belakang.
"Eh, sabarlah. Jangan tarik-tarik!" Andrei terkejut dengan tindakan Alessia yang terus menarik dirinya agar masuk ke dalam salah satu kedai di pusat beli-belah tersebut.
Alessia hanya mengabaikan teriakan Andrei. Dia cukup berkenan dengan 'design' milik kedai perhiasan wanita yang satu ini.
Alessia terus melepaskan tangan Andrei sebelum berjalan ke arah showcase yang tersusun rantai-rantai yang terdiri daripada emas putih.
Mata Alessia tertancap pada satu rantai. Rantai yang mempunyai loket berbentuk hati itu ditenung sebelum dirinya dipanggil oleh Andrei.
"Weh! Tengok ni, cantik tak?" Andrei memanggil Alessia agar datang showcase yang menempati gelang tangan.
YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Novela Juvenil[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...