8 | 𝐡𝐨𝐦𝐞

361 176 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐡𝐨𝐦𝐞

"Miss, tolonglah bagi kitorang semua balik! Kitorang semua taknak jadi mangsa macam arwah Hani!" Salah seorang pelajar mula merayu untuk kembali.

Pernyataannya sebentar tadi membuatkan ramai pelajar yang mengangguk setuju.

"Maaf semua, kami tak dibenarkan untuk lepaskan kamu semua untuk balik. Itu arahan dari pihak atasan sendiri." Jawab Encik Taufik, ketua bagi kem musim panas ini.

"Eh sir, kitorang semua ni tak gilalah nak duduk dekat sini. Silap hari bulan, kitorang pula yang mati dekat sini!" Seorang pelajar lelaki mula bangun dan menyuarakan pendapatnya.

Suara para pelajar mula kedengaran, semua mahu menyuarakan pendapat masing-masing walaupun mereka tahu ianya tidak akan didengari oleh para pensyarah.

"Saya nak kamu semua bertenang dulu. Kami akan cuba berbincang dengan pihak atasan tentang perkara ni." Madam Helen mula mencelah untuk menghentikan pelajar dari mendesak semua pensyarah disitu.

"Apa yang boleh jadi jaminan supaya kami semua tak jadi macam Hani?" Seorang pelajar perempuan mula berdiri.

"Betul tu, dahlah dekat sini langsung tak ada line!" Mendengar sahaja kenyataan itu, semua pelajar mula memeriksa telefon bimbit masing masing, dan memang betul langsung tiada talian disitu.

Para pensyarah sudah memandang satu sama lain, sudah mati cara untuk menenangkan pelajar mereka.

Encik Taufik mula mengeluh dan menepuk tangannya untuk menarik perhatian semua orang disitu.

"Baiklah, saya akan cuba call pihak atasan sekejap lagi. Kalau dia benarkan balik hari ini. Saya akan bagitahu kamu semua secepat yang mungkin, boleh kan?"

Ianya mendapat persetujuan dari semua pelajar dan termasuk para pensyarah sendiri.

Suara Encik Taufik sekali lagi menarik perhatian semua "Sekarang ni, kamu semua boleh balik ke khemah masing-masing dahulu dan aktiviti kali ini adalah bebas."

Semua orang mula berjalan kembali ke khemah masing-masing tetapi bukan satu pelajar itu. Statiknya disitu membuatkan semua pensyarah memandangnya.

"Hey, kenapa kamu tak ke khemah semula?" Madam Helen mula menegur.

"Kalau bukan sebab kem ni, mesti dia takkan mati kan?" Sarah bersuara kesal, menidakkan kematian Hani.

Cik Hanis mula menapak pergi, tidak mahu masuk campur tentang perkara yang dibincangkan.

"Itu takdir dia, sayang. Kita tiada hak pun untuk tentukan macam mana kita mati nanti. Apa yang kita boleh buat ialah banyakkan ibadat kita dan jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Hani ya." Madam Helen bersuara dan memeluk Sarah.

Sarah mula teresak esak, dia kehilangan kawan baiknya. Siapa sahaja yang tidak sedih, dialah yang tempat untuk berkongsi senang dan duka.

"Kamu sabarlah ya. Mesti ada sebab pada kematian dia. Kita cuma kena tunggu saja. Kamu pergilah balik ke khemah dulu ya?" Madam Helen menyuruh Sarah untuk kembali ke rakan rakannya semula.

Pemergian Sarah hanya dipandang pilu, tidak menyangka pelajar mereka pergi dengan keadaan yang amat memilukan. Mereka semua kesini hanya ingin bergembira, namun kini ianya hanyalah sebaliknya sahaja. Tragedi membawa duka.

"Weh, kau rasa betul ke?" Aina mula bertanya, mematikan suasana sunyi diantara kami bertiga.

"Apa yang betulnya?" Alessia mula bersuara. Belum sempat Alessia mengelak, Tasha sudah mengetuk perlahan kepala Alessia.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now