19 | 𝐥𝐨𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧

196 108 0
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

location.

Derapan tapak kasut semakin kedengaran, semakin dekat. Semakin menakutkan.

"Tolonglah, jangan buat aku macam ni! Lepaskanlah aku!" Puan Amanda meringis apabila bibirnya yang sedang luka itu berdenyut.

Keadaan menjadi sunyi, derapan terhenti. Hanya kedengaran titisan air sahaja yang berbunyi.

Ishraf berjalan mendekati Puan Amanda, dia berdecit. "Kau ni bisinglah. Macam mana nak diamkan kau eh?"

"Tolonglah Ishraf, lepaskan aku!"

"Diam! Tolonglah diam! Aku semak tahu tak. Tolonglah." Ishraf terus menekup mukanya sebelum terduduk. Menangis.

Ishraf menjerit, melepaskan rasa kesal dihati, kecewa. "Kenapa? Kenapa kau buat macam ni?" Ishraf menjerit kesal.

Ishraf terus memandang Puan Amanda, dia terus berdiri dan meluru kearah Puan Amanda. Rambut Puan Amanda direntap kasar.

"Ni mesti sebab kau kan. Dasar pembawa sial!" Ishraf terus menampar Puan Amanda. Rambut yang tersisir rapi, terus diacak bagaikan orang yang tidak terurus.

Ishraf berjalan kehulur kehilir, memikirkan tentang perkara yang sedang menyerabutkan kepalanya saat ini.

Telefon yang berada didalam poket dikeluarkan, nombor Laila didail. 'aku dah tak ada orang lain, dia je yang mampu tolong aku buat masa ni.'

Talian bersambung, tidak membuang masa dia terus berterus terang. "Aku nak minta tolong boleh?" Ishraf mendengar suara Laila yang serak serak basah seperti selepas bangun dari tidur.

"Kau nak minta tolong apa, Xander?" Nama tu.. lama tak dengar. Orang terakhir yang panggil aku dengan nama tu adalah ibu..

Ishraf terus memutuskan panggilan, tak mampu bertahan dengan lama. Ishraf terus bangun dan berjalan keluar, mengabaikan jeritan Puan Amanda.

Kereta yang elok terpakir dituju, pintu kereta ditutup. Kepala dihantukkan berkali kali di stereng kereta.

"Streslah!" Ishraf menjerit. Dada berombak, menahan perasaan yang dia sendiri tidak faham.

Enjin kereta dihidupkan sebelum meluncur dilorong hutan yang bakal menembusi jalan raya itu. Kedengaran ngauman enjin kereta yang kuat memenuhi hutan.

_____

"Kau nak cakap apa tadi?" Andrei menolak pintu bilik Alessia, di biarkan terbuka.

Alessia yang sedang berbaring sambil menonton Youtube menghentikan videonya. "Ish, kau ni. Ketuklah pintu dulu."

Andrei terus menghenyakkan tubuhnya ke katil Alessia.

Laptop yang sudah tersedia terbuka, ditunjukkan kepada Andrei. Tak lupa juga, dia keluar dulu dari laman Youtube tadi.

"Apa benda ni?" Andrei mengambil laptop Alessia dan melihat peta yang Alessia tunjukkan tadi kepadanya.

"Location." Alessia hanya menjawab sepatah sahaja.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now