ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦her
"Please, I'm begging you. Don't kill me."
Kaki wanita itu dipeluk, tidak mempeduli jika tindakannya itu akan membuatkan tubuhnya sakit.
Air mata yang menitis dibiarkan, Khayra sanggup membuat apa sahaja asalkan jangan membunuhnya.
Semua ahli keluarganya hanya mengharapkan Khayra sahaja untuk mencari sumber rezeki dalam keluarga itu.
"Hm, aku tak tahu macam mana. Kita tunggu special guest dulu boleh?" Wanita itu menunduk untuk melepaskan pegangan Khayra di kakinya.
Pintu yang di buka menarik perhatian semua didalam ruangan itu. Semua pegawal menunduk sebagai tanda hormat kepada ketua mereka.
Wanita itu terus meluru ke arah sosok yang baru masuk sebentar tadi. "Jadi macam mana?" Lelaki itu berdecit. 'Perempuan ni memang tak reti nak bersabar, bagilah aku rehat dulu.' Monolog lelaki itu sambil menjeling wanita disebelahnya.
"Sabar boleh tak, Laila?" Laila hanya tersenyum malu.
Laila Farhana Blackwood, nama diberi. Kecantikan wanita kacukan Amerika-Malaysia ini amat memukau, namun dia hanya fokus pada seorang sahaja.
Alexander Ishraf Hans. Lelaki idamannya sejak lama. Namun, lelaki itu hanya memandangnya sebagai 'partner in crime' sahaja.
Mereka berdua pernah mempunyai hubungan namun ianya tidak bertahan lama kerana kesilapan yang Laila sendiri lakukan.
Dan kini, Laila menerima karmanya. Mencintai lelaki yang bukan lagi miliknya.
Laila nekad untuk membuat apa sahaja agar dapat menarik perhatian lelaki itu, termasuk membunuh. Pembunuhan tu? Laila adalah dalangnya termasuklah membunuh Lyn.
"Apa yang kau nak cakapkan tu?" Ishraf melabuhkan punggung di atas sofa yang disediakan di situ.
"Tu perempuan yang kau ambil tadi. Nak suruh kitorang buat apa?" Laila menunjukkan Keysha yang sedang tersandar lesu.
Ishraf terus bangun lalu menuju ke arah Keysha, "Aw, kau nangis eh? Kesian." Ishraf mengesat air mata Keysha yang sedang mengalir.
Keysha terus memegang tangan Ishraf. "Tolong jangan bunuh aku. Aku sanggup buat apa saja. A..aku ada keluarga yang harapkan aku.." Keysha mencengkam tangan Ishraf.
Tersedu sedan Keysha menangis, takut jika hari itu adalah hari terakhirnya.
"Betul kau sanggup?" Keysha mengangguk. Dia melepaskan perlahan lahan cengkamannya dari tangan Ishraf.
"Okay. Lepaskan dia." Ishraf memberikan arahan kepada pegawal di situ.
"Weh, kau ni biar betul?" Laila yang berada di sebelah Ishraf bertanya. Ishraf terus menjeling Laila tajam.
"Aku tahu apa yang aku buat." Ishraf memandang Keysha yang sedang dilepaskan ikatannya.
"Tapi dengan satu syarat." Semua orang di situ memandang Ishraf. "Kau kena ikut arahan aku, kalau kau ingkar." Ishraf membentukkan tangannya seperti bentuk pistol dan menghalakannya kearah Keysha.
"Kau faham kan?" Keysha mengangguk. Faham sahaja isyarat dari Ishraf. Keysha bakal di hantar pulang dengan di ikut salah seorang pegawai.
"Sekejap." Langkah Keysha terhenti. memusingkan tubuhnya memandang kearah Ishraf.
Ishraf mengeluarkan dompetnya dari kocek seluarnya, not 100 di keluarkan beberapa keping. Ishraf menghulurkan duit tersebut kepada Keysha.
"Ambillah, guna untuk adik adik kau." Pada mulanya, Keysha menolak tapi setelah beberapa kali di desak akhirnya Keysha ambil juga duit tersebut.

YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Teen Fiction[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...