"Yaa, kau tak keluar dengan Jeno ke semalam?" Seok Kyung mengambil tempat di hadapan Haerin.
"Tak. Kau tahu lah kan Appa aku. Sunday is family day katanya," balas Haerin.
Dia masih fokus dengan aktiviti mengilatkan kukunya.
"Kenapa kau tanya?" soal Haerin.
"Hmm, semalam kan aku dengan Jenny keluar. Lepas tu—,"
"Lepas tu?" Haerin mengerutkan dahinya.
"Kitorang nampak Jeno," ujar Seok Kyung.
"Jeno? Kat mana?" soal Haerin lagi.
Pengilat kukunya tadi sudah disimpan kerana dia sudah hilang mood untuk itu.
"Kafe baru bukak dekat depan pusat karaoke kita selalu pergi tu,"
"Sorang?"
"Itulah yang aku nak cerita. Dia dengan Chaewon,"
"What?" Haerin menekup mulutnya terkejut.
"Kim Chaewon? Budak baru tu?" soal Haerin tidak percaya.
Seok Kyung mengangguk.
"Haa, tu Jenny dah sampai. Kau tanya dia kalau kau tak percaya," kata Seok Kyung.
"Yaa, Yoo Jenny. Betul ke apa yang Seok Kyung cerita?" soal Haerin bila Danee mengambil tempat di sisinya.
"Cerita? Cerita apa?" soal Jenny hairan.
"Yang semalam tu," Seok Kyung memberi isyarat kepada Jenny.
"Haa, betul Rin! Sekejap, aku tunjuk kat kau,"
Jenny mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi galeri. Satu video pendek ditunjukkan kepada Haerin.
Video di mana Jeno dan Chaewon sedang makan di kafe. Dan dia menyaksikan aksi mesra dua orang itu.
"Sh*t, berani Lee Jeno buat macam tu,"
Haerin mengenggam erat tangannya.
YOU ARE READING
Me & You
Fanfiction"In the end, it's still me and you" Start |29/3/2021| End |2/4/2021|