09

457 67 6
                                    

"Tak guna!"

Jeno menyumpah perlahan. Hatinya masih sakit mengenangkan Hendery yang tersenyum sinis padanya tadi.

Dengan langkah berat, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Jeno? Lambat balik?"

Dia kini menjadi perhatian mereka yang berada di ruang tamu.

"Ah, mianhei Jeno tak tahu ada tetamu," dia menundukkan sedikit badannya.

Matanya sempat bertembung dengan mata Haerin yang duduk di sisi ibunya saat itu.

"Pergi naik mandi, lepas tu turun makan malam," ujar Puan Lee.

"Nae, Omma," dia tersenyum sebelum meminta diri untuk naik ke biliknya.

Masuk sahaja ke bilik, beg sekolahnya diletakkan di atas meja belajar lalu dia mencapai tuala dan masuk ke kamar mandi.

Dalam masa 15 minit, dia keluar. Kakinya terhenti di hadapan pintu kamar mandi. Dilihatnya Haerin sedang duduk dengan santai di atas kerusi miliknya.

"Kau buat apa kat sini?" soalnya sambil berjalan ke arah almari pakaian.

"Oh, aku dah tak boleh nak masuk sini eh?" soal Haerin.

Jeno diam. Memang sebelum ini Haerin sering masuk ke biliknya. Keluarga mereka memang berkawan baik kerana Tuan Lee dan Tuan Jung pernah berjiran sewaktu kecil.

Dia kemudian masuk semula ke kamar mandi untuk memakai pakaiannya. Dan bila dia keluar, Haerin masih di situ.

"Kenapa simpan lagi gambar ni?"

Haerin mengambil bingkai gambar yang berada di atas meja belajar Jeno. Ianya gambar mereka berdua yang diambil di hari pertama mereka keluar sebagai pasangan kekasih.

"Lupa nak buang," bingkai gambar itu dirampas dari tangan Haerin lalu dicampak ke dalam tong sampah.

Jelas sekali riak terkejut di wajah gadis itu.

"Tch, kau memang dah menyampah dengan aku ke apa?" soal Haerin.

Dia bangun dan berjalan ke arah Jeno yang berdiri di tepi meja belajarnya itu.

"Aku malas nak cakap tentang ni," balas Jeno.

"Yaa, pandang aku," wajah Jeno ditarik agar memandangnya.

"Betul kau dah tak rasa apa-apa pada aku?" soal Haerin lagi sekali sambil memegang wajah Jeno.

Dan lelaki itu langsung tidak menjawab. Dia nampak Haerin merengus perlahan lalu menarik tangannya.

"Arraseo,"

Haerin terus berjalan pergi ke arah pintu dan melangkah keluar dari situ

Me & You Where stories live. Discover now