08

455 70 13
                                    

"Mianhei sayang. Sungchan demam panas ni. Haerin balik naik teksi ya. Nanti sampai rumah, minta Ahjumma bayarkan dulu," suara Puan Jung kedengaran serba salah.

"Gwaenchanha. Sungchan lagi perlukan Omma. Jangan risau, pandailah Rin balik sendiri," ujarnya.

Matanya memandang satu-persatu pelajar yang mula meninggalkan kawasan sekolah elit itu.

"Haish, patutnya aku ikut je Jaemin tadi," ujarnya lagi.

Hari ini merupakan hari perjumpaan kelab di sekolahnya. Dia dan Jaemin berada di kelab yang sama iaitu kelab fotografi dan kelab mereka paling lambat menghabiskan perjumpaan. Dan itu menyebabkan kawan-kawannya yang lain sudah pulang terlebih dahulu.

"Tak balik lagi?"

Dia menoleh untuk melihat pemilik suara tersebut. Kelihatan Hendery, pelajar kelas Jeno sedang berjalan dengan kedua tangan di poket seluarnya.

"Omma aku ada hal pulak tiba-tiba," jawab Haerin.

"Nak balik dengan aku? Aku bawa helmet lebih hari ni," soal Hendery.

"Aku? Naik dengan kau?" soal Haerin.

"Ya lah. Kita berdua je," Hendery menundukkan wajahnya agar dia dapat bercakap rapat dengan Haerin.

"Hmm,"

"Wae? Kau bukannya girlfriend Jeno lagi kan? Rasanya takde masalah pun," dengan selamba kepala Haerin diusap.

Haerin menggigit bibirnya cuba untuk berfikir. Siapa tak tahu yang Jeno dan Hendery tidak menyukai satu sama lain. Dan Jeno paling benci setiap kali Hendery didapati bercakap dengan Haerin.

Pada masa itu juga, Jeno dan Renjun muncul dari arah yang sama dengan Hendery tadi. Renjun yang perasan mereka di situ menegurnya.

"Kau tak balik lagi Rin?" soal Renjun.

"Omma aku ada hal. Dia tak boleh nak jemput aku," ujarnya.

Dia memandang Jeno yang seperti ingin berkata sesuatu itu.

"Tapi, nasib baik ada Hendery. Dia offer diri nak hantarkan aku. Kan?" Haerin memaut lengan lelaki itu secara tiba-tiba.

"Yupp. Tak payah risaulah Renjun, kawan kau selamat dengan aku. Jom," Hendery menarik tangan Haerin ke arah tempat parkir motosikal.

Jeno dan Renjun juga berjalan ke arah yang sama.

"Sini aku tolong,"

Hendery memakaikan topi keledar ke kepala Haerin. Dan gadis itu hanya membiarkan. Dia kemudiannya naik di belakang Hendery.

Dia perasan pandangan Jeno kepadanya saat itu. Tangannya dengan pantas memeluk erat pinggang Hendery.

Hendery sudah tersenyum di sebalik topi keledarnya.

"Kitorang balik dulu!" dia sempat mengangkat tangannya ke arah Jeno sebelum memecut laju motosikalnya.

Me & You Where stories live. Discover now