"Noona," Haerin membuka matanya perlahan.
"Bangunlah makan," kata Sungchan perlahan.
Dia masih lagi dengan uniform sekolahnya saat itu.
"Shireo," balas Haerin perlahan.
"Kesian Omma, penat dia masak tapi Noona tak nak makan," ujar Sungchan lagi.
"Omma masak? Kau biar betul?" Haerin bangkit dari pembaringannya.
Adiknya itu mengangguk.
"Omma balik waktu lunch tadi. Tapi dia dah pergi kerja semula. Noona makanlah. Omma risaukan Noona tahu tak. Sampai Sungchan pun Omma tak layan,"
Haerin ketawa perlahan mendengar ayat terakhir adik lelakinya itu.
"Tch, padan muka. Asyik kau je nak bermanja dengan Omma,"
Sungchan ikut ketawa.
"Noona makanlah cepat. Penat tau Sungchan bawa naik makanan ni," dia mula merungut perlahan.
"Sekejap, nak cuci muka," gadis itu turun dari katil dan masuk ke bilik mandi.
Dan dalam masa beberapa minit, dia muncul kembali.
"Kau dah makan?" dulang tadi diletak di atas meja yang memang tersedia di biliknya.
Sejak kecil dia memang suka merajuk dan akan makan di biliknya sahaja. Kerana itulah bapanya menyediakan sebuah meja khas untuk dijadikan meja makan. Nak buat macam mana, satu-satunya anak perempuan dia memang berperangai begitu.
"Dah. Makan kat sekolah," Sungchan memerhatikan kakaknya yang berselera menikmati makanan itu.
"Ada apa-apa jadi kat sekolah?" soal Haerin.
Selepas dihantar oleh Hendery semalam, dia berkurung di dalam bilik. Telefon bimbitnya entah sudah ke mana dia baling. Dan pagi tadi, dia langsung tidak bersiap untuk ke sekolah.
Sudah puas Tuan Jung dan isterinya memujuk namun Haerin masih tetap dengan keputusannya.
"Ah, tadi Sungchan lalu dekat bilik rahsia korang tu. Lepas tu, terdengar macam orang bergaduh,"
"Diorang bergaduh? Sebab apa?" soal Haerin pelik.
Baru sehari dia tak datang, takkan diorang dah berpecah belah.
"Mwolla. Tapi, paling kuat suara Seok Kyung Noona. Dengar macam dia ada sebut nama Noona dengan Jeno Hyung,"
"Haish, Joo Seok Kyung," Haerin menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Me & You
Fanfiction"In the end, it's still me and you" Start |29/3/2021| End |2/4/2021|