"Tak sangka, Haechan dah kahwin," Jeno yang memandu itu bersuara memecahkan kesunyian di dalam kereta miliknya itu.
Dia kini sedang memandu ke rumah Haerin untuk menghantar kekasih hatinya itu pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan Haechan tadi.
Haerin di sebelah memandang ke arahnya.
"Ya lah kan. Padahal kita ni dah dekat enam tahun bercinta. Tup tup, dia yang kahwin dulu," balas Haerin.
Jeno mengetap bibirnya. Dia tahu ada nada sindiran dalam ucapan gadis itu.
"Sayang, awak perli saya eh?" soalnya.
"Mana ada," nafi Haerin.
Enam tahun dia dan Jeno bertahan setelah hubungan mereka pernah terkandas di tengah jalan dahulu. Selama enam tahun itu tipulah kalau mereka tidak pernah diuji. Tetapi kasih sayang dan cinta mereka menyelamatkan semuanya.
"Haerin sayang, kan saya dah cakap. Bagi saya masa, hmm?" Jeno mencapai sebelah tangan gadis itu.
"Masa? Berapa lama lagi masa yang kita perlukan Jeno? Enam tahun dah kita bersama. Tak cukup lagi? Haechan dah kahwin, Jaemin, Jenny, Renjun semua dah bertunang. Kita ni, apa pun takde lagi," Haerin bersuara sambil cuba menarik tangannya.
"Sayang, diorang tu—,"
"Dah lah Jeno. Kalau jawapan awak nak sakitkan hati saya je, baik awak diam," dia memeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.
Sehinggalah kereta itu akhirnya berhenti di hadapan kediaman keluarga Jung. Haerin menanggalkan tali pinggang keledarnya.
"Haerin," Jeno segera keluar dari kereta bila gadis itu keluar tanpa menoleh ke arahnya langsung.
"Sayang!" tubuh Haerin dipeluk dari belakang menyebabkan langkah kekasih hatinya itu terhenti.
"Mianhei. Saya janji lepas ni saya takkan sakitkan hati awak lagi," bisiknya di telinga Haerin.
"Saya nak masuk," Haerin melonggarkan pelukan.
"Takde goodbye kiss?" soal Jeno.
Haerin ingin menggeleng namun Jeno lebih laju menarik wajahnya dan mencium bibirnya sekilas.
"Pergi masuk," ujar lelaki itu dengan senyumannya.
.....
"Kau kenapa?"
Renjun mencampakkan tin bir ke arah Jeno. Lelaki itu masih lagi dengan pakaian pejabatnya.
"Haerin," nama itu meniti di bibirnya.
"Hah, kenapa dengan Haerin?" soal Renjun lagi lalu duduk di sisi Jeno yang nampak berserabut itu.
"Haish, macam biasalah. Dia tanya aku bila nak kahwin?" tin bir dibuka dan minuman itu diteguk.
"Hmm, kau jawab apa?"
"Aku minta dia bagi aku masa—,"
"Lagi?" Renjun menggelengkan kepalanya.
"Kau pun rasa aku ni teruk ke?" Jeno memandang Renjun.
Renjun menggeleng.
"Bukan teruk. Tapi teruk sangat-sangat. Dah enam tahun kau dengan dia, masa apa lagi yang kau perlukan?"
"Haish," Jeno menyandarkan kepalanya ke sofa.
"Kau kenapa sebenarnya? Susah sangat ke nak ajak dia kahwin?"
Jeno mengeluh perlahan.
"Kau tahu kan, aku ni bukannya pandai sangat bab-bab macam ni. Dulu pun korang yang tolong aku. Waktu kitorang get back pun, Haerin yang mulakan,"
YOU ARE READING
Me & You
Fanfiction"In the end, it's still me and you" Start |29/3/2021| End |2/4/2021|