"Kau ni kenapa? Aku tengok makin pelik je," Haechan menepuk bahu Jeno.
Waktu itu mereka berada di tepi padang, menunggu latihan bola sepak bermula.
"Takde apa lah. Aku okay," ujar Jeno.
Sejujurnya dia malu mahu mengakui yang dia sudah mula rindukan Haerin. Ya lah, dulu di depan kawan-kawannya sendiri dia memutuskan Haerin.
"Ni mesti pasal Haerin kan?" Renjun menyoal tanpa berlapik.
"Aniya," nafi Jeno.
"Betul ke kau dah takde perasaan pada dia? Habis tu kenapa kau putus dengan Chaewon?" soal Renjun lagi.
Haechan sudah memberi isyarat pada Jaemin supaya menghentikan Renjun. Risau kalau Jeno tidak selesa bila bercakap tentang Haerin.
"Tch, buat apa aku nak tipu korang. Aku putus dengan Chaewon sebab aku serba salah dengan dia,"
"Serba salah sebab kau masih sayangkan Haerin. Betul tak?"
"Renjun," Jaemin cuba menghentikan lelaki itu dengan menepuk bahunya.
"Wae? Aku baru sedar apa yang Seok Kyung cakap tu betul. Kenapa kita langsung tak kisah tentang Jeno dan Haerin? Sedangkan dulu kita yang bersungguh tolong Jeno confess,"
Jeno menggenggam tangannya dalam diam.
"Tapi, dah terlambatlah.Tengok lah tu," Haechan menunjuk ke arah tangga yang berada di tepi padang.
Hendery dan Haerin sedang berjalan bersama sambil ketawa. Tangan lelaki itu seperti biasa, memeluk erat bahu Haerin. Di belakang mereka, ada Seok Kyung, Jenny, Xiaojun dan Yangyang.
"Seok Kyung dengan Jenny pun dah makin jarang lepak dengan kita," kata Jaemin seakan mengeluh.
"Nak buat macam mana, dah Haerin start lepak bilik muzik. Diorang pun ikut lah," tambah Haechan.
"Tengoklah ada siapa kat sini. Si Jeno dan kawan-kawan dia," Yangyang bersuara sebaik sahaja mereka tiba di situ.
"Hish, budak ni. Tak kecoh tak sah," Haechan memandang Yangyang tajam.
"Nasib baik kita satu team, kalau tak dah lama aku belasah team kau kat atas padang," kata Haechan lagi.
"Eleh, macamlah hebat sangat," ejek Yangyang selamba.
Jeno hanya mengendahkan Haechan dan Yangyang yang mula bertikam lidah itu. Itulah mereka setiap kali berjumpa. Ada je perkara yang hendak dibuat gaduh.
Matanya memandang Hendery yang duduk berdekatan dengannya itu. Atau lebih tepat, memandang Haerin yang sedang berada di sebelah lelaki itu.
Entah kenapa hatinya sakit bila melihat tangan Haerin yang sedang bermain dengan rambut lelaki itu. Dan sebelah lagi tangannya masih digenggam oleh Hendery.
"Yaa, tak payah nak tunjuk macam korang berdua je bercinta kat sekolah ni boleh tak?"
Automatik semuanya terdiam. Haechan yang sedang bergaduh dengan Yangyang, Jaemin dan Renjun yang sedang berbual, Jenny, Seok Kyung, Xiaojun, semuanya terkejut bila Jeno bersuara.
"Tch, siapa suruh kau tak bawa girlfriend kau tu?" soal Hendery.
"Kau!" Jeno bangun dan memandang lelaki itu tajam.
"Kalau dah tak tahan sangat, tu dekat simpang keluar sekolah sana, ada hotel murah. Pergi sana!"
"Yaa, Lee Jeno!" Hendery sudah ikut bangun lalu kolar baju lelaki itu dicengkamnya.
"Kenapa? Ingat aku tak tahu sejauh mana korang dah pergi? Malam tu, dekat apartment kau, kau ingat aku tak tahu?"
Jeno membalas pandangan tajam lelaki itu."Jeno, apa maksud kau?" soal Renjun.
"Kalau korang nak tahu, diorang berdua ni dah ti-,"
Hendery melepaskan tumbukan di wajah lelaki itu sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.
Jeno tersenyum sinis lalu dia juga menumbuk lelaki itu.
"Jeno, berhentilah," Haerin berdiri di hadapan Hendery bila Jeno cuba menyerangnya lagi.
"Jeno," Haechan menahan lelaki itu.
Xiaojun juga sudah menarik Hendery.
"Korang semua sama je! Korang memang sokong kan Hendery dengan Haerin bercinta? Blah lah!" Jeno menolak Haechan yang sedang memegangnya.
Beg miliknya yang dicapai lalu dia terus berlari pergi dari situ.
"Rin," Renjun bersuara.
Haerin mengangguk perlahan sebelum dia mula mengejar langkah Jeno.
YOU ARE READING
Me & You
Fanfiction"In the end, it's still me and you" Start |29/3/2021| End |2/4/2021|