"Jeno! Lee Jeno!"
Lelaki itu berhenti melangkah. Dia sudahpun berada di kawasan parkir motosikal pelajar.
"Kau nak apa?" soalnya.
"Aku yang patut tanya kau. Kau nak apa sampai keluarkan kata-kata macam tu tadi? Hah?" soal Haerin.
"Kau malu? Takut diorang semua tahu yang kau dengan Hendery memang dah melampau?" soal Jeno pula.
"Siapa yang takut? Kau nak bagitahu satu sekolah pun aku tak kisah. Cuma aku nak tahu, apa tujuan kau? Kenapa kau kena masuk campur lagi urusan aku? Kita bukannya ada hubungan pun. Atau kau sebenarnya sayangkan aku lagi? Sebab tu kau putus dengan Chaewon,"
Jeno meraup wajahnya kasar.
"Okay, fine! Memang aku sayangkan kau lagi, cintakan kau lagi! Aku bodoh sebab pilih untuk curang dengan kau! Puas?" soal Jeno kasar.
Haerin terdiam bila ditengking begitu. Jeno pula dia kembali melangkah untuk ke motosikalnya.
Namun tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang, menyebabkan langkahnya terhenti. Bukan itu sahaja dia merasakan kepala orang yang memeluknya itu didaratkan di belakang badannya dan dia dapat mendengar esakan kecil.
"Yaa," dia segera berpaling.
Haerin sedang menangis dengan kedua tapak tangan menutup wajahnya.
"Rin ah, kenapa ni?" soalnya cemas.
"Pabo. Lee Jeno, pabo," kata Haerin di sebalik tangisannya.
"Wae?" tangannya dialihkan.
"Wae kau ambil masa lama sangat nak mengaku semua tu? Penat tahu tak tunggu kau mengaku?" air matanya dibiarkan sahaja mengalir.
"Yaa, uljimma," Jeno segera menyeka air mata gadis itu.
"Pabo," tubuh Jeno dipeluknya erat.
Jeno mengusap belakang badan gadis itu.
"Kau-kau pun sayangkan aku lagi?" soalnya.
"Mestilah!" Haerin meleraikan pelukan tadi.
"Tapi, Hendery tu?" Jeno mengerutkan dahinya.
"Yaa, kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Memanglah Hendery mengaku yang dia sukakan aku. Tapi, takkan lah aku bodoh sangat nak tidur dengan dia dalam tempoh tak sampai sebulan pun kita berpisah. Atau, kau memang fikir aku perempuan mur-"
Jeno mencium bibir Haerin.
"Mianhei, sebab pernah fikir buruk tentang kau,"
Haerin tersenyum. Dia menjengketkan sedikit kakinya lalu bibir Jeno dicium.
"Sekejap, kiranya kau dengan Hendery tu-,"
"Kitorang main-main je lah. Hendery kata dia sukakan aku sebab aku girlfriend kau je. Dia seronok boleh buat kau marah. And kalau kau nak tahu, dia dengan Seok Kyung tengah dalam proses nak jadi macam kita tau,"
"Serius? Seok Kyung dengan Hendery? Okaylah, diorang nampak sesuai walaupun tak setanding kita," ujar Jeno.
"Hish, mengada,"
"Okay last, kau dengan Hendery pernah buat apa-apa lagi tak?" soal Jeno.
Haerin tersengih.
"Sekali. Kitorang pernah kiss sekali. Tu pun sebab aku sakit hati sangat tengok kau dengan Chaewon," kata Haerin jujur.
Jeno mengetap bibirnya geram.
"Berani dia-"
"Yaa," Haerin menahan Jeno yang seolah ingin melangkah semula ke arah padang.
"Dah lah cakap pasal dia," kata Haerin.
Jeno memandang gadis itu dan pipi Haerin dicubit manja. Tidak cukup itu, dia mencium bibir Haerin berkali-kali.
"Jeno," Haerin menampar bahu lelaki itu.
"Wae? Ni semua denda untuk kau tahu tak sebab berani kiss lelaki lain,"
"Ya, tahu. Tapi kita kat sekolah lah. Nanti kalau sesiapa nampak, habis lah,"
"Ya lah, ya lah,"
"Lee Jeno, kali ni biar aku pula yang tanya kau,"
"Tanya apa?" soal Jeno.
"Nak tak jadi boyfriend aku?" soal Haerin.
Jeno tersenyum sebelum mengangguk.
"Mestilah nak!"
Haerin ketawa perlahan dan tubuhnya diangkat Jeno lalu lelaki itu berpusing dengan gembiranya.
"Yaa, chukahae!"
Mereka berdua yang sedang ketawa itu memandang ke arah jeritan tersebut. Kelihatan rakan-rakan mereka sedang melambai ke arah mereka.
"Gomawo chingudeul!" jerit Jeno.
Haerin yang masih berada di dalam pelukan Jeno itu melambai ke arah mereka.
"Yaa, harini aku tolong cover kau! Pergilah dating puas-puas! Lepaskan rindu!" jerit Haechan.
"Kamu buat apa ni?" Coach Lee muncul di belakang mereka.
Lalu Haechan dan yang lain kembali berlari ke padang.
"Eh, Lee Jeno! Kamu nak ke mana tu?" Coach Lee memandang mereka berdua.
"Rin, kita kena cepat!" Jeno terus menarik Haerin berlari ke arah motosikalnya.
Setelah memakaikan topi keledar pada gadis itu, dia terus menghidupkan enjin motosikalnya.
"Pegang kuat-kuat," pesannya.
Haerin memeluk erat pinggang Jeno dan motosikal itu laju memecut keluar dari kawasan sekolah mereka.
"Jeno ah!" Haerin memanggil nama lelaki itu.
"Wae?" soal Jeno kuat.
"Saranghae!"
"Tak dengarlah Rin,"
Haerin mencubit pinggang lelaki itu geram.
"Saranghae Lee Jeno!" jeritnya lebih kuat untuk menandingi bunyi motosikal itu.
Jeno tersenyum di sebalik topi keledarnya.
"Nado saranghae Jung Haerin!"
~The End~
Thank you sudi baca story saya yang noob and boring ni🥰
YOU ARE READING
Me & You
Fanfiction"In the end, it's still me and you" Start |29/3/2021| End |2/4/2021|