22

470 66 0
                                    

Suasana ruang makan yang sudah kediaman keluarga Lee itu dipenuhi dengan suara kedua keluarga yang sibuk berbual. Hanya Jeno, Haerin dan Sungchan sahaja yang bersuara bila perlu.

"Sekarang ni dah jarang nampak Jeno dengan Haerin sama-sama," kata Puan Lee.

Haerin hampir tersedak mendengar ayat yang keluar dari mulut Puan Lee itu.

"Haah kan Omma. Bona pun perasan. Kalau tak dulu, selalu Haerin datang rumah kita," kata Bona, kakak kepada Jeno.

"Oh, kitorang sebenarnya—,"

"Kitorang busylah Omma. Nak exam kan. Kitorang stay back and buat study group kat library. Dengan Haechan semua tu. Kan Haerin?" ujar Jeno yang memotong percakapan Haerin itu.

Jaehyun dan Sungchan memandang Haerin. Menanti jawapan dari gadis itu.

"Haah. Nanti Appa tu bising pula sebab result merosot," balas Haerin.

"Eh, salahkan Appa pula," Tuan Jung menggelengkan kepalanya.

"Baguslah kalau macam tu. Study sama-sama, jangan asyik nak berdating je," kata Puan Lee lagi.

Mereka semua hanya ketawa. Setelah selesai, Haerin meminta diri untuk keluar. Sementara ahli keluarganya dan keluarga Jeno masih rancak berbual.

Haerin duduk di kerusi yang tersedia di tepi kolam renang rumah keluarga Lee itu. Matanya memandang air kolam yang tenang itu. Teringat pula memori mereka di situ dahulu.

Haechan dan Jaemin yang mencampak Renjun ke dalam kolam, Seok Kyung dan Jenny yang berusaha untuk menstabilkan diri mereka di atas pelampung, dan dia dan Jeno yang memerhatikan semua itu dengan ketawa.

Dia bangun dan berjalan lebih dekat dengan pinggir kolam. Dress miliknya diangkat sehingga ke paras lutut dan dia duduk lalu memasukkan kakinya ke dalam air kolam tersebut.

"Tak sejuk ke?"

Haerin memandang manusia yang sudah mengambil tempat dan turut merendamkan kakinya itu.

"Kenapa tak bagitahu je keluarga kita yang kita dah break up?" soalnya tanpa memandang Jeno.

"Takut diorang tahu yang Jeno kesayangan diorang ni sebenarnya budak lelaki tak guna?" soal Haerin lagi bila Jeno masih diam.

"Nanti. Nanti aku beritahu, tapi bukan sekarang," kata Jeno akhirnya.

"Apa bezanya nanti dengan sekarang?" Haerin masih lagi tak berpuas hati.

"Haerin," lelaki itu menutup mulut Haerin yang seperti ingin berkata sesuatu lagi.

Haerin mengalihkan tangan lelaki itu.

"Suka hati je sentuh orang," ujarnya.

"Oh, mianhei. Aku lupa. Mesti Hendery je kan yang boleh sentuh kau sekarang. Pegang tangan, peluk bahu, lapkan mulut kau, main dengan rambut kau, kiss—,"

"Haah. Hendery je yang boleh buat semua tu sebab aku saya—,"

Jeno menarik wajah gadis itu dan menciumnya sebelum sempat Haerin menghabiskan ayatnya.

"Yaa, kau ni gila ke? Kalau family kita nampak macam mana?" Haerin menolak tubuh Jeno.

"Biarlah. Diorang bukan tahu pun yang kita dah break up?" kata Jeno selamba.

"Gila. Kau ingat aku ni apa? Dah lah Jeno, aku penatlah dengan kau. Kenapa? Chaewon kau tu terlalu suci ke sampai kau tak boleh nak kiss dia and kena kiss aku macam tadi?"

Jeno tersentak dengan soalan itu.

"Bukan macam tu Haerin. Aku—,"

"Dah lah Jeno. Kalau kau tak nak Hendery buat apa-apa kat muka kau tu, baik kau berhenti ambil tahu hal aku,"

Haerin terus bangun dan melangkah pergi dari situ.

Jeno mengeluh perlahan.

"Susah sangat ke nak minta maaf Lee Jeno?"



Me & You Where stories live. Discover now