07

483 69 8
                                    

Suasana kafeteria itu bising seperti kebiasaannya.

Haerin, Seok Kyung dan Jenny berjalan ke arah meja mereka seperti biasa. Namun baru sahaja beberapa langkah, Haerin berhenti.

"Seriously?" soalnya.

Matanya memandang tidak percaya situasi di hadapannya. Chaewon sedang duduk di sebelah Jeno iaitu tempat duduknya.

"Gila. Jeno dengan Chaewon memang gila," kata Seok Kyung.

"Kau ingat aku nak biarkan je?" bibirnya terukir senyuman sinis.

Dia kembali melangkah ke sana.

"Yaa!Bangun, ni tempat aku!" ujar Haerin menyebabkan Chaewon dan Jeno yang sedang berbual itu berhenti.

"Tch, kau dah tak perlu nak duduk sebelah aku. Tu, kerusi sebelah Jenny tu kan kosong," kata Jeno.

Manakala Chaewon hanya diam.

"Shireo!" bantah Haerin.

"Rin ah, Chaewon dah makan separuh makanan dia. Tak sopan kalau dia—,"

"Diam Renjun,"

Renjun mengetap bibirnya bila ditegur oleh Haerin.

"Jeno takpe saya bangun," Chaewon bangun dan mengangkat tray makanannya.

"Chaewon ah," Jeno cuba menghalang namun gadis itu sudah berdiri.

Seok Kyung sudah menahan senyumnya.

Haerin memandang Chaewon dan dengan sengaja, dia melanggar bahu gadis itu sewaktu dia ingin duduk.

Dan Chaewon yang tidak perasan akan hal itu terus terlepas pegangan tray dari tangannya. Kini hampir seluruh kafeteria memandang meja mereka.

"Jung Haerin," Jeno memandang gadis itu tajam.

"Wae? Aku tak buat apa-apa pun," ujar Haerin lalu mencapai penyepit makanan miliknya.

"Chaewon biar saya tolong," Jeno sudah bangun dan bersedia membantu gadis itu.

"Takpe Jeno, saya—,"

Ayatnya tidak dapat dihabiskan bila dia merasakan ada cairan turun dari kepalanya mengenai wajahnya.

Haerin tertawa perlahan lalu gelas miliknya yang sudah kosong diletak kembali ke atas meja.

"Haerin—,"

"Diam Jeno. Atau kau pun nak kena siram?" kata Haerin.

Dia bangun dan membawa tray makanannya yang masih penuh itu pergi meninggalkan mereka.

"Haish, Haerin patut tuang sup sekali tadi," ujar Seok Kyung selamba.

"Jenny, aku pun dah takde selera. Kau?" sambung Seok Kyung lagi sambil bangun.

"Aku pun tak sanggup nak makan kalau Haerin takde," ujar Jenny.

Mereka berdua kemudiannya ikut pergi dari situ.

"Gila. Jung Haerin jjang," kata Haechan teruja.

Sementara Jaemin dan Renjun hanya menggelengkan kepala mereka.

Jeno dan Chaewon pula perlahan-lahan bangun dan melangkah pergi dari situ juga dan mereka masih menjadi tumpuan.

Me & You Where stories live. Discover now