"Kau serius ke dengan Chaewon?" soal Haechan.
Jeno yang sedang menatap telefon bimbitnya itu memandang Haechan.
"Aku tanya je. Sebab pelik. Kau dengan Haerin dah dua tahun lepas tu like semudah tu je kau break dengan dia untuk Chaewon," ujar Haechan.
Soalan yang sudah lama dipendam akhirnya keluar juga dari mulutnya.
"Kalau dah namanya lelaki, mana pernah cukup satu," kata Seok Kyung selamba.
"Seok Kyung," Jaemin menegur gadis itu.
"Hati manusia boleh berubah," akhirnya Jeno bersuara.
"Memanglah. Tapi selagi boleh setia, setia je lah. Buat apa nak berubah?" soal Seok Kyung lagi.
"Kau memang tak puas hati dengan aku ke apa?" soal Jeno geram.
"Habis tu, kau ingat aku nak gembira bila kau buat Haerin macam tu?" gadis itu membalas dalam nada yang sama.
"Jangan masuk campur hal aku dengan Haerin boleh tak?" suara Jeno meninggi menyebabkan Seok Kyung tersentak.
"Guys, Sir Yunho kata dia lambat sikit," Renjun yang baru muncul di situ bersuara.
Mereka semua berada di salah satu bilik VVIP di pusat tuisyen di bandar itu. Atas rancangan bapa Seok Kyung, mereka semua disuruh untuk mengambil kelas tambahan setiap pada hujung minggu.
"Aku nak pergi toilet," Seok Kyung bangun dan melangkah keluar.
"Yaa, Seok Kyung," Jenny yang baru tiba mengejar langkah gadis itu.
"Jeno, kenapa kau marah dia?" soal Haechan.
"Aku tak sengaja lah," ujarnya kesal.
"Kenapa? Ni mesti pasal Chaewon lagi kan?" soal Renjun lalu mengambil tempat di sebelah Jeno.
"Ya lah. Pasal apa lagi," jawab Jaemin.
"Eh, tapi kan aku nak tanya. Chaewon tu kan nampak baik je. Kau dah pernah kiss dia?" soal Haechan dengan senyuman nakal.
"Bodohlah kau Chan," Jaemin menolak bahu Haechan.
"Ala, cerita je lah. Kiss dah ke belum? Ke dah pernah—,"
"Yaa, hentikan fikiran kotor kau," Jeno menampar bahu Haechan.
"Eh tapi aku pun curious juga. Kau dengan Haerin haritu depan kitorang pun korang tak malu. Kalau Chaewon, macam mana pula?" soal Jaemin.
"Janganlah samakan diorang berdua. Chaewon tu, dia pemalu sangatlah. Aku pegang tangan pun dia dah blushing. Inikan pula nak kiss,"
"Seriously? Mesti kau dah lama tak kiss orang kan? Kalau dengan Haerin dulu, setiap masa," usik Haechan.
"Haerin tu macam mana, Chaewon pula macam mana. Diorang berbeza sangat. Chaewon tu betul-betul jaga pergaulan dia. Cakap kasar pun tak pernah,"
"Cehhh, puji girlfriend lebih-lebih pula," kata Renjun.
"Mestilah. Sampai aku jadi tak berani langsung nak sentuh dia sebab takut dia tak selesa. Maruah dia tinggi tau," tambah Jeno lagi.
"Eh, Rin dah sampai?" Haechan bersuara sambil menampar bahu Jeno tanda menyuruh lelaki itu berhenti bercakap.
"Rin, dah lama kau berdiri dekat situ?" soal Renjun pula.
"Tak. Baru je," gadis itu mengambil tempatnya.
Selepas itu Seok Kyung dan Jenny muncul.
"Nak keluar tak lepas ni?" soal Jenny.
"Aku ada janji dengan Hendery," balas Haerin.
Dan jawapannya itu dapat didengari oleh Jeno. Dia menoleh sekilas ke arah Haerin yang sedang rancak berbual itu.
YOU ARE READING
Me & You
Fanfiction"In the end, it's still me and you" Start |29/3/2021| End |2/4/2021|