Ad termenung di tingkap bilik kerjanya.
Kepala amat serabut memikirkan bermacam-macam masalah yang berlaku.Tidak sedar akan seseorang yang menapak masuk ke dalam bilik itu.
"Fikir apa tu ?" Soal si suami. Ad tersentak an menoleh. Arah pintu bilik itu dipandang dengan wajah berkerut.
"Pintu tak kunci, ketuk tak nyahut." Ujar Uzzam seakan tahu apa yang ada dalam kepala si Adrayna. Ad mengangguk kepala.
"Fikir apa sampai aku masuk tak dengar ?" Soal Uzzam lagi. Btw, although they're officially married, but mereka masih bahasakan diri mereka sebagai kau-aku. Untuk tidak menimbulkan rasa kekok antara mereka.
Ad geleng kepala. Tidak mahu untuk berkongsi masalahnya. Well, sape tak kenal Ad yang tak suka berkongsi hal peribadinya.
Uzzam mengerutkan dahi. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Adrayna. Wajah si isteri ditatap lama. Cuba membaca apa yang ada di fikiran si wanita itu.
Ad yang rasa tidak senang hati berkata.
"Tak payahlah pandang aku macam tu. Takde apa yang nak dikongsikan pon." Geram Ad. Uzzam menjongketkan kening kanannya.
"Biarlah aku nak tatap muka kau. Nak kasi hilangkan sikit stress kerja aku." Kata Uzzam bersahaja.
Ad menjelingnya. Sungguh dia rasa, jantung berdebar hebat saat ini. Cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang riaksi muka.
"Ada apa-apa problem ke, sharelah dengan aku, mana tahu aku boleh tolong." Uzzam bersuara, cuba untuk mengetahui apa yang berserabut di kepala isterinya itu.
Walaupun dia sendiri juga mempunyai banyak masalah. Hurm...
"Takde apalah. Kau jangan nak buat aku makin serabut boleh tak ?" Soal Ad geram. Uzzam smirk.
"Makin serabut ? So, apa yang buat sayang aku ni serabut tu ?" Soal Uzzam dalam keadaan smirk. Matanya masih tetap menatap anak mata Ad.
Ad kaku. Dengan panggilan yang baru digunakan Uzzam tadi dan panahan mata helang yang redup lelaki itu membuatkan dirinya terpana. Langsung lidah kelu, mulut terkunci untuk membalas bicara.
Uzzam makin suka bila suri hatinya itu berubah menjadi seorang yang behave girl. Lagi suka apabila wajahnya yang putih berona kemerahan akibat menahan malu.
Uzzam mendekatkan mukanya ke muka Adrayna. Hidungnya berlaga dengan Ad...suddenly.....
"Argh..." Pinggang ramping Ad ditarik dari terjatuh dari kerusi yang mereka duduk akibat terkejut dengan tindakan Uzzam. Ad kaku di dalam pelukan Uzzam Raycarl.
Uzzam menghidu rambut Adrayna yang berbau aroma lavender.
"Erm....wangi." puji Uzzam dan melentokkan kepalanya ke bahu kiri Adrayna.
Ad cuba merungkai pelukan Uzzam, namun jejaka itu makin mengeratkan lagi pelukannya.
"Cuba share, apa yang serabut sangat dalam kepala tu." Ujar Uzzam lembut.
Seakan dirinya dipukau,
"Kumpulan Song lancarkan keganasan di Korea. Mereka serang kumpulan kami dan curi kotak besi yang terdapatnya patung naga yang bernilai 6 billion."
Uzzam mendengar dengan serius.
"Lagi ?" Soalnya.
"Syarikat sedang tengah alami masalah." Luah Ad.
"Masalah ? Masalah apa ?" Tanya Uzzam.
"Ada sorang pembelot di situ pecah amanah dan telah curi wang syarikat, 2 ratus ribu."

YOU ARE READING
Dangerous Love 2.0
ActionBUKU NI START DGN CHAPTER 45, BAB SEBELUMNYA CHECK DALAM BUKU : DANGEROUS LOVE (tgk dlm reading list) Kembalinya satu kumpulan ke tanah air atas suruhan orang tersayang. Namun tiada siapa yg tahu mereka kembali dengan strategi membalas dendam. Tiada...