Chapter 67

741 48 5
                                    

KA diam. Black Fury cuba membantu.

Tuan Xander  dan Sir Mendes sampai di markas Black Fury setelah mendapat khabar yang buruk.

"How was that happen ? Why him ??!" Jerkah Sir Mendes. Semua diam.

5 minit kemudian, mereka didatangi Devils'. Danny bangun mendekati.

"We're sorry Danny. We cant help." Kesal Haq. Mereka tak dapat nak bantu mereka kerana sibuk menyelamatkan ahli Black Fury dan Knight Arrows yang lain.

*

*

*

*

"Kamu nak pergi mana Ad ?" Soal Grandma.

"Kamu tak boleh pergi mana-mana. Grandpa dah pesan tadi." Halang Puan Hasnah.

'kring.....' telefon rumah berbunyi.

..............

"Hah, Ya Allah !" Ucap Grandma.

"Kenapa ma ?" Tanya KuZie.

"Uzzam..." Grandma meletakkan telefon. Dia memandang anak-anak dan menantunya.

DS diam. Mereka dah dapat info tentang kehilangan Uzzam Raycarl.

"Kamu berempat, naik bilik sekarang !" Tegas KuYie. Kena halau anak-anaknya, nak bercakap tentang Uzzam.

DS tanpa bantah akur, walaupun dalam hati dah mencarut banyak.

~skip~

"Takkan kita nak tunggu je ?" Soal Sera.

"Aku rasa bersalah." Ujar Annur.

"Pahal lak ?" Hayi pelik.

"Yelah, kita takde kat sana. Anak-anak buah kita yang di sana semua jadi kalut, kita suruh mereka defend, tapi suasana jadi kelam kabut, anak-anak buah BF dan KA ramai cedera." Annur semakin tak tentu.

Ad senyap berfikir.

Memang serangan yang jadi tadi di luar kawalan. Tak sangka, anak-anak buah Dark Shadows gagal melindungi sekutunya. Hal ini terjadi kerana, ramai anak-anak buah BF dan KA cedera, jadi DS beri arahan untuk selamatkan mereka. Lindungi mereka. Juga lindungi ketua Black Fury.

DS dan Devils' juga tak sangka yang Uzzam Raycarl akan di tangkap. Kerana mereka yakin yang leader Knight Arrows boleh mempertahankan diri. Lagipula, maklumat yang mereka dapat, Knight Arrows bukan sasaran.

Mereka juga tak sangka, Black Queen rancang plan lain dan ianya hanya diketahui oleh dirinya dan Black Mamba. Sampaikan Dragon terkejut, kaku tak terkata dirinya.

Telefon Ad berbunyi....

"Hello.."

"Rayn datang tak ?" Tanya Dee.

"Kami takleh keluar." Ad memberitahu. Nak keluar macam mana, keluarganya mengawasi di sini.

"Apa yang saya nak beritahu kalau Tuan Xander tanya ?" Dee menyoal. Ad diam.

"Takpe...nanti aku akan jelaskan sendiri. Kau, senyap jer." Ad matikan telefon.

"Aku nak pergi." Ad menyarung hoodienya. Mask dipakai.

"Kau nak keluar macam mana ?" Tanya Sera.

"Kami ikut." Hayi sampuk.

"Tak...korang stay sini. Cover. Kalau kita semua takde, nanti kantoi." Ad bersiap.

"Hayi...hack elektrik kat sini. Matikan sampai aku boleh keluar." Arah Ad. Hayi akur.

Tak lama, punca elektrik di kawasan perumahan itu padam.

Dangerous Love 2.0Where stories live. Discover now