"Hubby !!!" Panggil si isteri. Bergegas Ian Ruiz naik ke tingkat 2 yang menempatkan Sera.
"Ye wifey, kenapa ?" Tanya Ian kalut. Sera sengih. Dilihatnya pemakaian di suaminya, siap pakai apron pink berbunga-bunga lagi, tak lupa dengan topi chef di kepala.
"Hubby, hubby buat apa pakai apron ni ?" Sera menghamburkan gelak. Comel~
"Masaklah wifey oi, kalau tak masak...kita nak makan apa ?" Ian buat muka cemberut bila Sera mentertawakannya.
Mesti readers nak cakap dia jahat sebab suami yang masak. Okay, jangan nak tuduh melulu eh !
Cubit karang !"Habis tu, dah siap ke masak tu...lapar dah ni." Soal Sera sambil menyentuh perutnya.
Ian sengih.
"Belum lagi. Tak jumpa bahanlah wifey. Hehe."
Sera geleng kepala."Hurm, kalau wifey nak masak, hubby taknak kasi...entah-entah kejap lagi tempah kat luar jugak." Sera dah mula nak membebel.
"Bukan taknak wifey masaklah...hubby taknak wifey buat kerja berat-"
"Masak jer pon. Dahlah, jom wifey tolong. Kang wifey mogok taknak makan baru tau." Potong Sera lalu berjalan ke dapur. Ian tak sempat menghalang, dia hanya ikut di belakang dengan muka kalut.
"Wifey...tak payah turunlah..." Larang Ian. Tapi diendahkan sahaja si suami..
"Wifey...." Panggil Ian lagi sambil menuruni tangga. Tangan Sera cuba dipegang untuk menghalang, tapi ditepisnya dia.
Langkah Sera mula jejak ke dapur, automatik dirinya berhenti. Ian telan liur...
"Ya Allah....apa dah jadi dengan dapur aku ni ?!" Tempik Sera. Meja bar didekati.
"Apa ni, Ya Allah...dapur aku... HUBBY !!!" Sera pandang Ian. Terjongket bahu Ian dibuatnya. Lelaki itu menayangkan sengih. Tu jer dia mampu buat.
Sera memerhati lagi keadaan dapurnya.
Ayam dalam sink, dah tak macam ayam. Sayur dalam besen berterabur macam digigit ulat. Meja bar berselerak, dengan tumpahan sos dan macam-macam.
Sera pejam mata, sabarkan hati. Ian ditenung dengan muka😡.
"Sorry~" ucap Ian perlahan sambil kepala menunduk dan kedua jari telunjuknya dilaga-lagakan👉🏻👈🏻.
*
*
*
*
Sera yang sedang relax di kaki kolam didekati.
Ian duduk di sebelah isterinya, dikerling muka Sera yang masih merajuk dan marah dengannya.
"Wifey..." Sera tak nyahut.
"Wifey..." Sera diam lagi.
"Wif-"
"Kan saya dah cakap, jangan buat kalau tak boleh buat. Biar saya aje yang masak, buat kerja rumah. Tengok apa dah jadi...ni dapur kesayangan saya hubby dah buat sepah, kalau saya tak turun mungkin satu ruang tingkat bawah ni berselerak. Tadi saya check kain kat ampaian, baju saya dah luntur warna, saya hidu baju saya...macam yang saya agak, bau peluntur. Nape hubby pergi masukkan peluntur ? Habis semua baju pudar, tu nasib baik baju yang pakai kat rumah..bukan baju kerja." Bebel Sera. Ian hanya diam mendengar dengan rasa bersalah.
"Hub-"
"Lagi satu..." Sera pintas lagi sambil hadap muka Ian. Ian memandang isterinya.
"Pokok-pokok bunga yang baru nak besar dah layu semua. Tanah nampak basah. Hubby, kalau nak siram pon...jangan siram di dahan dia....siram dekat tanah...dekat akar dia. Kalau hubby siram dekat pucuk dahan dia yang lembik tu....layulah jawabnya. Pokok saya tu baru aje tanam, lainlah kalau dahan dia tu warna koko...keras, takpelah nak siram macam tu. Tu, aloevera saya tu...aloevera tu tak boleh nak siram banyak-banyak. Aloevera orang siram seminggu sekali jer, saya dah buat dah minggu ni. Ish hubby ni....geramnya !" Sambung Sera tak habis lagi. Ian memuncungkan mulutnya.
YOU ARE READING
Dangerous Love 2.0
AcciónBUKU NI START DGN CHAPTER 45, BAB SEBELUMNYA CHECK DALAM BUKU : DANGEROUS LOVE (tgk dlm reading list) Kembalinya satu kumpulan ke tanah air atas suruhan orang tersayang. Namun tiada siapa yg tahu mereka kembali dengan strategi membalas dendam. Tiada...