Aksi tembak menembak semakin hangat bila ketua Black Mamba muncul.
Dia melepaskan tembakan ke arah seorang anak buah Black Fury.
"Lepaskan bom asap." Ujar si ketua melalui earpiece. Mereka yg hanya seramai 50 org kemudian bersembunyi di balik semak samun hutan itu.
"Macam mana ni Ady ?" Tanya Hazie yg sudah keletihan. Sudah hampir 2 jam mereka berlawan. Walaupun ramai yg dah mereka tumpaskan tp Black Mamba masih menghantar bantuan. Entah kenapa rasa ramai semacam aje.
"Kita xleh stay sini wey, mampus nanti." Ujar Mahir pula. Peluh dikesat kasar. Mereka takde bantuan kerana separuh anak buah mereka berada di France sedang menjalankan tugas yg diberikan oleh Tuan Xander dan ada yg diberikan cuti.
"4 org cedera Ady." Kata Har. Dia baru selesai memeriksa anak² buahnya.
"Teruk ke ?" Hazie menyoal.
"Sorang jer teruk." Har memaklumkan lagi. Kedengaran Ady mendecit kasar.
"Hantar mereka balik dgn kadar segera." Arah Ady tegas. Har mengangguk.
"Kau tak nak bagitahu Grandpa ke bro ?" Mahir bertanya sambil mata memerhati musuh² nya.
"Tak payah, risau pulak nanti." Ady menjawab.
"So, what now ?" Soal Hazie. Takkan nk sembunyi sampai musuh jumpa kita kan.
"Serang jer." Selamba Ady jawab.
"Kalau kalah ?" Mahir tanya pula. Kalau main serang jer, tanpa plan..mau ke h*ll terus.
"Kalah pikir kemudian." Ady keluar dgn selambanya. Ternganga Hazie dan Mahir. What ???!!!
Ady menembak 3 org anak buah Black Mamba dgn sekali tembakan shj. Tepat di dada masing².
"Pengecut dah keluar rupanya." Sinis Rashid.
Ady mengangkat bahu. Di belakangnya ada sepupu²nya.
Seorang anak buah Black Mamba sedang mengacukan pistol ke arah Ady dari jauh. Har yg kebetulan berjalan mendekati melihat situasi itu terus ditembak dari jarak jauh. Head shot.
Rashid yg terkejut akibat tembakan itu geram anak buahnya mati.
"Kau ke aku yg pengecut ? Apa main tembak jauh²." Sinis Hazie. Dia bersyukur kerana Har menyedarinya, kalau tak..tak tau apa jadi.
Rashid semakin marah. Dia mengarahkan utk menyerang Black Fury habis-habisan.
Rashid berlawan tenaga dgn Ady. Pisau rambo kecil di belakang bajunya dicapai, terus dihunus ke arah Ady.
Ady yg tak sempat mengelak terkena pisau itu pada bahagian bahu kanan. Dia mendecit dan bahunya dipegang.
Perlawanan diteruskan lagi dan lagi sehingga anak buah Black Mamba hanya tinggal seramai 20 org.
Dalam Black Fury mengucapkan lega dlm hati, bantuan lain Black Mamba tiba. Rashid ketawa sinis.
"Korang ingat korang akan terlepas kali ni." Sinis Rashid. Black Fury dikepung. Mereka masing² berjaga-jaga.
"Macam mana ni Ady, takkan habis ni ?" Ujar Mahir perlahan.
Ady diam. Cuba difikirkan apa tindakan yg harus dilakukannya. Pertahanan mereka tak cukup kuat sekarang. Tiada bantuan. Tenaga juga hampir habis akibat berlawan lebih kurang 3 jam. Nampaknya Black Mamba memang ingin hapuskan kumpulan mafia Legenda hari ni juga.
Dalam kepeningan memikirkan hal seterusnya, tiba² asap putih yg dtg entah dari mana keluar. BF dan BM bertindak pantas dgn menutup hidung mereka.
Alangkah terkejutnya Rashid melihatkan keadaan anak buahnya setelah asap tadi hilang. Anak² buahnya telah terdampar tak bernyawa di situ. Siapa punya angkara ?
ANDA SEDANG MEMBACA
Dangerous Love 2.0
ActionBUKU NI START DGN CHAPTER 45, BAB SEBELUMNYA CHECK DALAM BUKU : DANGEROUS LOVE (tgk dlm reading list) Kembalinya satu kumpulan ke tanah air atas suruhan orang tersayang. Namun tiada siapa yg tahu mereka kembali dengan strategi membalas dendam. Tiada...
