"Mifdhal !!!" Jerit Annur. Seorang budak lelaki menoleh, terus dia berlari menuju ke arah ibunya.
"Yes ibu." Jawab Mifhdal Anniq (5) yang merupakan anak sulung Annur.
"Bawak adik pergi sana." Arah Annur.
Mifdhal akur, tangan adiknya, Miftah Anira (2) dipimpin dan dibawa menuju ke arah tikar yang dihampar oleh ayahnya.
"Wey, Mif....jom, main guli." Ajak Riz Indra (5) dari arah kanan. Riz ? Adalah anak pertama Ian dan Sera.
"Jap, nak hantar Miftah." Jawab Mifdhal.
"Ayah...tolong tengok adik, Mif nak main guli." Kata Mifdhal seraya sampai ke tempat Mukhris.
Terus sahaja dia beredar.
"Mana Am ?" Soal Mifdhal kepada Riz tatkala dia tak nampak kelibat Amsyar Darwin (5) di situ.
"Mama Hayi suruh dia bawak barang dari kereta. Jap lagi dia sampai." Ujar Riz.
*
*
*
*
Miftah diletak di atas tikar dihadapan anak kedua Ian, Intan Razia (2).
Mereka berdua bermain dengan mainan yang memang dibawa.
"Abang !" Jerit Sera. Ian berpaling.
"Yo !!!"
"Mana Intan hah ?" Tanya Sera dari jauh. Dia tidak melihat anaknya.
"Ni, kat sini." Jawab Ian sambil sengih.
"Ish..." Geram Sera, dia menyambung semula kerjanya iaitu meletakkan kepingan ayam-ayam yang sudah diperap untuk dibakar.
"Risau sangat...." Gumam Ian perlahan.
"Eh, mana Uzzam ? Tak sampai lagi ke ?" Soal Amir yang elok relax dalam buaian yang dibawa olehnya sambil meriba anak keduanya, Armel Darwina (1).
Mukhris menjenguk ke arah parking.
"Takde nampak lagi. Jem kut. Cuba kau call, Ian." Suruh Mukhris. Ian langsung membuka contact app nya, dan mendail nama Uzzam.
"Wey, bro....kat mana lagi kau ?"
"Oh, okay-okay..." Panggilan dimatikan.
Mukhris dan Amir menunggu ayat dari Ian.
"Otw." Kata Ian.
Lebih kurang 15 minit, kereta milik Uzzam tiba di pantai itu.
Uzzam dan Ad turun dari kereta. Uzzam menuju ke bahagian bonet kereta manakal Ad membuka pintu seat belakang.
"Elok-elok." Pesan Ad dengan nada tegas kepada anak-anaknya. Uzzam sengih. Haih...
Uwais Ayden (3) dan Uzair Aryan (3) turun.
"Ambik beg ni Uwais, Uzair." Kata Uzzam. Terus sahaja kembar lelaki itu berjalan ke arah Uzzam dan mengambil beg milik mereka.
Ad mengambil satu bakul plastik berisi jajan. Tu yang dia perlu bawa katanya dek Sera, memandangkan, makanan utama iaitu bihun goreng serah ke Annur, air pula Hayi manakala dia, ayam bakar.
Ad jalan sambil pimpin Uzair, Uwais hanya berjalan sendiri.
"Wey Zam.....sampai pon kau." Kata Ian kepada Uzzam lalu berdiri untuk mendapati Uzzam dari kerjanya, membakar ayam.
"Aip...abang, duduk situ, jangan pergi mana-mana." Sera melarang. Terus Ian buat muka cedih. Huihui....
"Ad....kami ingat tak jadi datang dah." Kata Annur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dangerous Love 2.0
AksiBUKU NI START DGN CHAPTER 45, BAB SEBELUMNYA CHECK DALAM BUKU : DANGEROUS LOVE (tgk dlm reading list) Kembalinya satu kumpulan ke tanah air atas suruhan orang tersayang. Namun tiada siapa yg tahu mereka kembali dengan strategi membalas dendam. Tiada...
