Chapter 70

805 54 11
                                    

Rayn mendekati Uzzam Raycarl. Jejaka itu sedang tidur.

Dilihat makanan di meja katil tidak bersentuh buatkan dirinya mengeluh.

Tadi Win cakap kat dia yang Carl taknak makan. Dah dipaksa pon masih taknak.

"Hey-" Rayn cuba mengejut Carl. Tidak mendapat apa-apa respon.

"Uzzam."

"Raycarl."

"Carl." Rayn mengeluh. Dilihat sahaja muka jejaka itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Tengku Uzzam Raycarl Tengku Umar Ranze." Panggil Rayn dengan nama penuh.

Carl mencelik mata perlahan-lahan kemudian menarik senyum senget. Suka bila nama penuhnya diseru.

"Hidup lagi, ingat dah mampus tadi." Sindir Rayn pedas. Carl gelak halus.

"Nak apa ?" Soal Carl perlahan.

"Asal kau tak makan ?" Tanya Rayn. Carl diam sambil memandang gadis itu.

"Nanti susahlah kau nak bertenaga kalau tak makan. Jatuh sakit lagi." Bebel Rayn geram.

"Kau risau aku ?" Pertanyaan Carl buat gadis itu pandangnya 5 saat dan menjeling laju.

"Memang tak ah."

"Aku taknak." Ujar Carl lalu memalingkan tubuhnya. Rayn tarik nafas dan hembus.

"Kau pahal hah ?" Carl diam tak membalas. Rayn roll eyes🙄. Dia mendekati katil Carl dan menarik kerusi kecil.

"Kau nak apa taknak makan ?" Soal Rayn kasar dalam lembut. Eh, canne tu🤔.

Carl toleh badannya hadap Rayn. Tangan dijadikan pelapik. Rayn ditenung dengan pandangan redup.

"Nak apa pandang-pandang ?" Tanya Rayn kekok.

"Pandang sikit jer dah gelabah. Eheh.."

"Takde maknanya." Gadis itu memeluk tubuh.

"Kau datang sini hanya nak suruh aku makam ke ?" Soal Carl dalam hairan. Dia tahu, mustahil untuk gadis itu datang tanpa tujuan. Dan dia tahu, gadis tu takkan nak ambik kesah dia makan ke tak makan. Heh~

"Aku bosan kat rumah." Jawab Rayn ringkas memelikkan Carl.

"Dorang ada dinner group date." Ujar Rayn tanpa keluar suara namun gerakan mulutnya dapat ditangkap oleh jejaka itu. Carl tarik sengih senget.

"Kau takde date ?" Rayn menjeling Carl dengan hujung mata.

"Ada. Esok." Jawapan yang mengejutkan juga menimbulkan persoalan.

"Esok ? Sape lelaki yang malang tu ?" Carl sengaja.

"His name is Michael Hans." Rayn kerling sikit untuk lihat reaksi jejaka yang terbaring itu. Tahu yang Carl sengaja nak perli dia. Maaf lah Mark, aku petik nama kau...

Raut wajah Carl berubah. Dia ingat Rayn hanya bergurau.

"Dahlah...aku datang sini nak cakap yang,  The Game will Over soon." Rayn bangun dan berjalan untuk keluar. Sempat dia berpesan,

"Malam esok....aku harap kau tidur lambat." Carl pelik.

*

*

*

*

Zaim lega kerana kelibat Black Queen tidak ada malam ni. Dia juga dapat info yang Black Queen keluar bersama Cristy ke club malam.

Rashid dan Xiomeng juga tiada kerana ke luar negeri. Ada urusan katanya.

Dia juga tak melihat kelibat Shah (Dragon). Bila ditanya kepada ahli yang lain, mereka cakap Shah tak dapat datang sebab dihantar ke kelas tuisyen oleh parentsnya.

Dangerous Love 2.0Where stories live. Discover now