"Imani, awak tak nak makan, ke? Dari tadi asyik tenung nasi goreng tu? Nak tembus bekal awak tu dibuatnya." Teguran daripada Athirah itu membuatkan Imani tersentak. Hampir sahaja dia terlepaskan bekalnya akibat terkejut.
"Fuh, nasib tak jatuh." Imani berkata sambil menghela nafas lega. Matanya kemudian tajam memandang ke arah Athirah, membuatkan gadis itu hanya tersengih sumbing. Imani hanya menggeleng memandangnya.
"Lain macam betul bekal awak harini, Thirah." Imani berkata sambil melihat bingkusan plastik yang dibawa keluar oleh rakannya yang mengambil tempat di sebelahnya itu. Athirah hanya mengeluh lemah sambil meleraikan ikatan plastik tersebut.
"Saya jenis tak makan banyak pun. Tapi ayah saya beli dua bungkus nasi, siap dengan nasi impit dengan kuih lagi. Ayah saya suruh buat kenduri ke macam mana sebenarnya ni?" Athirah berkata dengan nada lemah. Dia hanya mampu memerhatikan sahaja makanan - makanan yang berada di hadapannya itu.
"Ayah awak nak awak makan banyaklah tu. Tengok tangan tu, macam tak ada isi langsung. Macam kulit balut tulang saja." Alysa berkata sambil menikmati juadah bekalnya. Athirah hanya mampu menggarukan pipinya, memikirkan bagaimana harus dia 'menyelesaikan' bekalnya itu.
"Awak bagi saja sebungkus lagi nasi tu kepada Danisyah ke, Putri ke, Busyra ke, mana - mana budak asrama. Diorang mesti nak punyalah. Kuih tu pula kita makan sama - sama." Aisyah berkata sambil menyuapkan nasi goreng buatannya ke dalam mulut. Mata Athirah kembali bersinar apabila mendengar kata - kata Aisyah itu.
"Haah lah. Bagus - bagus. Saya suka idea awak ni." Athirah berkata dengan riang sambil mula membahagi - bahagikan makanannya. Mereka yang lain hanya menggeleng.
"Macam tak biasa pula. Sebelum ni kita memang buat begitu, bukan? Ni bukan kali pertama awak bawak bekal banyak macam ni." Atiqah berkata sambil menikmati nasi lemaknya itu. Athirah hanya tersengih.
"Saja saja nak cari perhatian." Athirah berkata, mengundang jelingan tajam daripada rakan - rakannya yang lain. Gadis bertuah itu hanya tersengih sambil mula memandang kembali ke arah makanannya.
"Nak gurau sikit pun tak boleh..." Gumam Athirah perlahan sambil menikmati makanannya.
"Imaniii~~~"
Suatu suara kedengaran memanggil Imani dari jauh. Kelihatan seorang gadis berlari - lari anak ke arah kawasan mereka. Di wajah gadis itu terukir satu senyuman lebar, sangat manis jika dipandang oleh sesiapa. Namun mereka semua yang sedang menikmati bekal masing - masing itu tahu, senyuman itu membawa 1001 rahsia tersirat bersamanya.
"Dia mai dah..." Aiyanie berkata sambil menggeleng. Nabila hanya tertawa kecil apabila mendengar kata Aisyanie itu.
"Sedia Imani. Sudah dekat tu." Atiqah berkata sambil menepuk - nepuk bahu Imani. Imani hanya tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya melihat kelibat gadis yang semakin mendekati mereka itu.
"Imani~!" Gadis itu mula mengambil tempat di sebelahnya. Imani hanya memandangnya sambil tersenyum dan salah satu keningnya terangkat, memandang gadis itu seorlah - olah tidak memahami tujuannya.
"Ini datang dekat - dekat ni ada hajat apa ni?" Imani bertanya lagi. Padahal dia sudah tahu tujuan sebenar gadis itu.
"Awak masak sedaplah, Imani!" Gadis itu mula memuji Imani. Imani hanya tersenyum saja mendengar pujian itu.
"Tahu~~~" Imani berkata seolah - olah tidak memahami sebab sebenar pujian gadis itu kepadanya. Gadis itu mula mendekatkan lagi dirinya dengan Imani. Imani hanya buat - buat tidak tahu dan menyambung kembali menikmati juadahnya.
"Imani~~~" Gadis itu mulai memanggil lagi, namun nadanya sekarang ini agak sedih sedikit. Rakan - rakannya yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua hanya tertawa. Imani turut tertawa apabila melihat rakannya itu mulai muram apabila melihat Imani masih bagaikan tidak mengerti dengan petunjuknya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)