Imani melangkah masuk ke dalam kelasnya sambil menggalas beg sekolahnya di atas kedua - dua belah bahunya. Kelihatan kelas itu yang agak lenggang, mungkin kerana waktu masih awal pagi lagi. Imani hanya mengambil tempat duduknya dan meletakkan begnya di bawah bersebelahan dengan dirinya.
Kepalanya diletakkan di atas meja. Jika boleh, ingin sahaja dirinya tidak hadir ke sekolahnya hari ini. Segala kerjanya di Identity masih lagi belum selesai. Jika dia tidak dapat menyiapkan kesemuanya sebelum hujung minggu ini, segala progress di HQ A - Bomb boleh tergendala akibat daripada kerja bahagiannya.
"Aduh, kenapalah mereka semua rajin betul buat kajian selepas itu laju - laju siapkan report? Nak sama tinggi sudah report tu semua dengan aku." Imani merintih sendirian. Jika bukan kerana Ejen Sky yang memarahinya kerana sering ponteng sekolah dengan menggantikan dirinya dengan klonnya, sekarang dia mungkin sedang bertungkus - lumus memeriksa setiap report yang dihantar kepadanya.
"Report apa ni? Kita ada kerja sekolah BM atau English ke?" Satu suara menegurnya, membuatkan kepalanya yang diletakkan di atas meja serta - merta diangkat dan memandang gerangan yang menanyakan soalan kepadanya itu.
"Oh, errrr....hahahahahahaha.....tak ada apa - apalah, Aisyah. Hari itu abang saya bising report assignment dia banyak lepas tu kawan - kawan dia siapkan semuanya laju. Hahaha...." Imani tertawa sumbang. Aisyah hanya mengerutkan dahinya mendengar kata - kata Imani itu. Gadis itu tahu bahawa kakak serta abang Imani memang sedang belajar di peringkat universiti, jadi Aisyah hanya mengiakan saja kata - kata Imani tadi.
"Awak nampak penat betul. Padahal kita tak mula belajar lagi." Aisyah bertanya kepada Imani, membiarkan sahaja topik tadi berlalu begitu sahaja. Imani sedikit tersentak apabila mendengar kata - kata Aisyah itu. Dia nampak penat sangat ke?
"Pagi - pagi saya memang penat macam ni. Nanti lama - lama rasanya saya okay saja nanti. Biasalah aura baru bangun tidur. Hahahaha..." Imani berkata lagi sambil menggosok tengkuknya. Aisyah masih lagi memandangnya dengan pelik. Imani sudah tidak sedap apabila melihat reaksi Aisyah yang masih lagi tidak berubah itu.
"Err...awak sudah siap kerja Sejarah? Semalam saya cari jawapan untuk yang ini dalam buku teks, tak jumpa. Awak jumpa?" Imani segera mengeluarkan buku kerja sejarahnya dan menunjukkannya kepada Aisyah. Kerutan pada dahi Aisyah semakin bertambah apabila melihat bahagian latihan yang ditunjukkan oleh Imani.
"Bab ni tak belajar lagi, kan? Lagipun cikgu ada bagitahu nak bagi nota tambahan untuk buku kerja nanti. Awak ni seriuslah, okay ke tak ni? Lain macam saya tengok ni." Aisyah berkata dengan nada risau. Mendengar kata - kata Aisyah itu, membuatkan Imani sedikit terkaku. Imani hanya mampu tersengih sahaja memandang rakannya itu.
"Hahahaha...saya saja nak uji awak. Tengok awak ingat tak silibus kita apa semua tu...Hahahahaha..." Imani hanya mampu tertawa sumbing, cuba menutupi kegelisahannya. Jika diteruskan begini, habis hancur nasibnya nanti. Takkanlah dia mahu beritahu kerja rahsianya membebankannya?
Tiba - tiba dahi Imani disentuh oleh seseorang. Imani yang terkejut dengan tindakan secara tiba - tiba itu terus menjadi kaku, tidak menepis tangan yang menyentuhnya itu. Apabila tangan itu dialihkan daripada dahinya, badannya segera dipusingkan ke belakang untuk melihat individu yang tiba - tiba menyentuhnya tanpa sebarang amaran.
"Tak panas pun." Aiyanie berkata sambil memandangnya dengan pandangan yang penuh keprihatinan sebagai seorang rakan. Imani menjadi semakin gelisah apabila melihat seorang demi seorang rakannya mulai mengerumuninya. Masing - masing memandangnya dengan pandangan yang sama, pandangan penuh kerisauan.
'I don't need your pities...' Imani berkata di dalam hatinya. Kadang kala, keadaan sebegini membuatkan dirinya nampak seperti seorang yang sangat lemah, membuatkan dia menjadi berang dengan dirinya sendiri, kerana membuatkan dirinya menjadi begitu di hadapan orang ramai. Dia sepatutnya menjadi lebih kuat dari ini. Imani mengetap giginya kuat.
YOU ARE READING
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...