Setelah sampai ke destinasi yang mereka ingini, mereka berenam menyembunyikan diri mereka di sebalik salah satu kontena yang berada di pelabuhan itu.
Ejen Aisya bertindak dengan cekap, terus mengeluarkan salah satu alat yang dibawa bersamanya. Cermin mata pengesan terma itu dipakai dan kawasan yang itu segera diimbas. Mereka berlima yang lain hanya mendiamkan diri mereka, menunggu keputusan daripada Ejen Aisya dengan penuh sabar.
Ejen Aisya mengerutkan dahinya, memerhatikan kawasan itu dengan penuh teliti. Kesunyian kawasan itu membuatkan mereka berenam mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di situ.
Setelah berpuas hati dengan pemerhatiannya, Ejen Aisya terus menanggalkan cermin mata itu dan kembali menghadap ke arah rakan - rakannya. Mereka berlima segera mengerumuni Ejen Aisya.
"Jadi, macam mana?" Ejen Imran memulakan bicara.
"Aku tak rasa kawasan ni sedang dikawal dengan ketat, walaupun sebenarnya sepatutnya kawasan ini dikawal seketat yang boleh. Mungkin ada urusan 'duit kopi' berlaku dengan pengawal keselamatan dekat sini dengan pihak musuh kita. Ataupun diorang cuti hari ni, atau pun jadual mereka bertukar pada minit - minit terakhir. Tapi, jangan cuai walaupun tiada halangan sekarang ni." Ejen Aisya memberi amaran tegas kepada mereka.
"Ada satu kawasan sekitar kontena dekat depan sana, yang menarik perhatian aku. Itu saja satu - satunya kawasan yang aku ada kesan ada orang dekat sana. Tapi diorang macam tak buat apa - apa pun. Sekadar duduk - duduk saja." Ejen Aisya berkata sambil menunjukkan ke arah kawasan yang dikatakannya itu.
"Kau nak kita serbu dekat sana terus?" Ejen Zackwan bertanya.
"Kita memang perlu serbu sana juga nanti, tapi tolong jaga diri masing - masing. Kita masing - masing baru keluar IMC, karang kalau kena masuk balik, habis kena bebel dengan Komander Kumar nanti." Ejen Aisya berkata. Mereka berlima mengangguk tanda mengerti.
"Ejen Arif dan Ejen Afiq cuba kepung musuh dari atas kontena. Kalau ada musuh, Arif, kau cuba bantu dan jaga kitorang dari atas sana. Cuba tumbangkan musuh sebanyak yang boleh. Afiq, kalau kau nampak ada antara kitorang yang cedera, cuba bagi rawatan kecemasan." Ejen Aisya berkata sambil memandang ke arah kedua - dua nama yang disebutkan tadi.
"Roger that!" Ejen Arif berkata sambil membuat tanda 'okay' dengan tangannya. Ejen Afiq pula hanya menganggukkan kepalanya.
"Ejen Zackwan dengan Ejen Imran, korang berdua kepung dari sisi kanan... wait...no, nevermind. You know what? Korang berdua akan bergerak sekali dan jaga salah satu sisi sementara aku pula akan pergi dengan Ejen Imani nanti." Ejen Aisya berkata dengan malas.
Mereka yang mendengar arahan Ejen Aisya itu memandang antara satu sama lain, hairan mengapa gadis 13 tahun itu menukar ayat arahannya tadi.
"Kenapa kau tak spesifikkan saja sisi mana yang kitorang pergi nanti?" Ejen Zackwan bertanya kepada Ejen Aisya. Ejen Aisya yang mendengar pertanyaan Ejen Zackwan itu menjeling lelaki itu tajam.
"Kau ingat ke nanti? Nanti bila nak gerak nanti mulalah tanya balik. 'Eh, aku belah kiri ke kanan tadi, ya?' banyak kali. Sebelum aku timbul niat nak pukul kau masa tu, baik aku elakkan. Tak nak pula ada yang cedera lagi." Ejen Aisya berkata dengan nada sedikit bengang. Ejen Zackwan yang mendengar penjelasan Ejen Aisya itu hanya tersengih, tidak menafikan tekaan gadis itu.
"Hehehe...tahu - tahu saja kau ni..." Ejen Zackwan berkata sambil tersengih sumbing. Mereka yang lain hanya menggeleng.
"Periksa dulu pihak musuh kita yang kemungkinan ada. Jangan pandang rendah walaupun bilangan diorang sedikit. Pastikan tiada siapa yang cedera kali ni." Ejen Aisya berpesan kepada mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)