BAB 7

76 15 3
                                    

A/N PLEASE READ BEFORE CONTINUE READING THIS CHAPTER!!

IMPORTANT!!

Take this on mind that this chapter tidak ada kaitan langsung dengan mana - mana plot dalam buku ni...

This is the flashback yang 25 tahun dulu tu...you guys can see it one each books (except snow white one)

Icebreaking- bab 3

Memory - bab 6

Any confusion please tell me immediately...takut ada yang keliru tentang plot utk bab flashback ni...

Every books (except snow white) akan ada satu part utk flashback ni...just cerita tentang kisah silam 25 tahun yang dulu...

And like I said...tiada kene mengena dengan cerita kita sekarang ni....

Just read it and enjoy guys!!


Taufiq memasukkan cecair berwarna biru itu ke dalam bikar dari dalam silinder penyukat perlahan - lahan. Dia tidak mahu ada cecair yang tertumpah keluar daripada bikar itu. Jika ada yang tertumpah, satu hal pula dia perlu membersihkannya mengikut prosedur pembersihan bahan kimia yang perlu diikutinya.

Dua titik cecair berwarna jernih pula dititiskan ke dalam cecair berwarna biru itu. Dengan berhati - hati, dia mengacau campuran itu dengan rod kaca. Setelah merasakan dua bahan itu telah pun tercampur dengan baik di dalam bikar itu, Taufiq mengambil dropper yang berada berdekatannya dan mula menyukat cecair itu dan dimasukkan pula ke dalam tabung uji.

Setelah tabung uji itu ditutup dengan menggunakan gabus, Taufiq membawa ke arah satu satu mesin yang berada di dalam makmal itu. Senentara menunggu bahannya selesai, mindanya teriang - iang kembali akan perbualannya bersama dengan Profesor Jaafar sebelum ini.

"Aiman itu, masa saya jumpa dengan dia dahulu, saya tahu corak pemikirannya pasti dapat membantu kesemua pihak. Saya yakin dengan kemampuan dia. Dia mempunyai banyak kelebihan dalam diri dia yang dia sendiri tidak tahu. Sebab itu saya tawar dia untuk bekerja dengan saya.

You don't know everything about yourself. No one can know everything. That's what we call 'potential'. Tapi, setiap kemajuan masing - masing, akan adanya titik jatuh mereka. Bagaimana teruknya era kejatuhan mereka, ianya ditentukan sendiri oleh diri mereka sendiri.

Satu hari nanti, Aiman mungkin akan 'jatuh' ke dalam lubang gelap yang mungkin tidak berpenghujung. Pada saat itu, saya mahu minta kamu untuk tolong Aiman kembali ke jalan yang sepatutnya dia lalui. Kamu boleh lakukannya?" Profesor Jaafar berkata dengan panjang lebar. Taufiq sedikit terkejut apabila mendengar kata - kata orang atasannya itu.

"Prof jangka yang...Aiman mungkin akan melalui jalan yang salah?" Taufiq bertanya, hampir tergagap/ Takut sekiranya dia menuduh orang atasannya itu dengan tuduhan yang tidak sepatutnya.

"Aiman tu sangat berbakat. Tapi cara pemikirannya yang agak merisaukan saya. Boleh jadi saja apa yang dia fikir baik untuk individu dunia itu, sebenarnya membawa malang kepada pihak yang lain tanpa dia sendiri sedar. 

Jadi, sebab itu saya cuma mahu kamu tengok - tengokkan dia sahaja. Kalau ada apa - apa yang mencurigakan tentang Aiman, terus sahaja beritahu saya. Kalau kamu tidak mahu, cuba berbincang dengan dia dahulu. Mungkin dia yang masih tidak sedar akan kesan kepada orang luar atas tindakan dia itu." Profesor Jaafar menerangkan lagi. taufiq mendiamkan dirinya beberapa ketika sebelum kembali bersuara.

"Baik, Prof."

Taufiq mengeluh lemah. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya rakannya itu memilih jalan yang salah atas alasan untuk kemajuan dunia. Sekiranya perkara seperti itu benar - benar berlaku, mampukah dia menghentikan rakan baiknya itu?

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Where stories live. Discover now