BAB 24

67 15 53
                                    

Ejen Imani memejamkan matanya sambil tangannya diangkat melindungi kepalanya, bersedia menerima impak tembakan tersebut.

Namun, setelah beberapa ketika tiada apa yang terjadi kepadanya. Perlahan - lahan dia membuka matanya semula.

"Eh, tak ada apa - apa pun?" Dia berkata sambil memeriksa tubuhnya, takut kalau - kalau dia sudah ditembak tetapi tidak berasa sakit. 

Sebutir peluru bergolek di kakinya. Apabila peluru itu dikutip, kelihatan peluru tersebut bagaikan ditembak pula dengan sesuatu, yang menyebabkan peluru itu tersasar daripada arah tujuannya.

Ketua Geng Angkor pula yang melihat gadis itu masih sihat sejahtera mula memeriksa pistolnya. "Dah kenapa pulak budak tu elok je ni? Aku dah aim cantik, kan tadi?" Dia bertanya dengan nada hairan.

"Eh, bang tak ada peluru ke tu?"

Kedengaran satu suara menegurnya dari belakang. Apabila Ketua Geng Angkor itu berpaling ke belakang, dia terkejut apabila melihat seorang ejen Identity memandangnya sambil tersenyum. Apabila dilihatnya pula ke arah Tan Sri Eric, kelihatan anak - anak buahnya sudah terbaring tidak sedarkan diri dan Tan Sri Eric juga telah hilang dari situ.

"Tak guna betul kau ni!" Ketua Geng Angkor itu terus menyerang ejen tersebut dengan perasaan marah. Ejen tersebut hanya tertawa sambil mengelak semua serangannya dengan riang.

Ejen Imani yang melihat kelibat ejen tersebut menjadi kaget. Tidak pasti reaksi yang sepatutnya dilakukannya ketika ini.

Ejen Imran, Ejen Zackwan dan Ejen Aisya yang lega apabila melihat Ejen Imani selamat daripada tembakan itu turut kaku apabila melihat ejen tersebut. Pertarungan yang mereka sedang harungi dilupakan buat sementara waktu.

Tiba - tiba, entah bagaimana ejen tersebut mendarat di hadapan Ejen Imani. "Princess, long time no see, huh?" Dia berkata sambil mengenyitkan matanya kepada gadis itu.

Ejen Imani yang mendengarnya berasa mahu memukul saja lelaki yang berada di hadapannya itu. 

"Arif!! Macam mana kau ada dekat sini ni?!!" Ejen Imani terus bertanya sambil melihat Ejen Arif dari hujung rambut sehingga hujung jari kakinya berulang kali. Ejen Arif hanya bercekak pinggang dengan penuh bangga di hadapannya.

"Heh, aku baru sedar tadi. Tu yang terus otw ke sini." Ejen Arif berkata dengan penuh keyakinan. Ejen Imani semakin terkejut, mulutnya melopong apabila mendengar kata - kata yang keluar daripada mulut Ejen Arif itu.

"Kau... okay tak ni? Terus datang sini ni, Headcore doktor tu semua tahu tak? Ke kau main keluar je dari hospital tu?" Ejen Imani bertanya lagi. Mindanya masih sedang memproses perkara yang sedang berlaku sekarang ini. Ejen Arif hanya tertawa kecil melihat Ejen Imani yang keliru itu.

'Aku bukan macam kau lah, lari dari hospital bagai. Dah buat checkup sebelum datang sini, diorang benarkan je aku datang sini. Lagipun, sekarang klon aku yang gantikan tempat aku dekat hospital. Jadi, kau boleh cakap sekarang aku masih dalam koma." Ejen Arif berkata sambil mengenyitkan matanya.

Ejen Imani hanya memandangnya dengan wajah kurang percaya. "Lepastu nanti macam mana?" Dia bertanya lagi, mulai risau dengan rancangan tunggang - langgang rakannya itu.

"Alah, pandai - pandai lah aku setelkan nanti. Sekarang, kita fokus misi dulu." Ejen Arif berkata sambil membetulkan busur yang berada di tangannya. Matanya dilirikkan pada sekumpulan musuh yang mula menghampiri mereka.

Ejen Imani yang melihat musuh yang tiba itu mula mempersiapkan dirinya. Kakinya melangkah menuju ke sebelah Ejen Arif. Ejen Arif hanya tersenyum melihat gadis itu.

"So then, Princess. It's been a while, huh. Dah lama tak berlawan sama - sama macam dulu - dulu." Ejen Arif berkata sambil memandang ke arah Ejen Imani. Ejen Imani hanya mengeluh lemah.

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Where stories live. Discover now