"Haahh....akhirnya sampai pun dalam kelas." Imani mengeluh sambil menghempaskan dirinya ke atas kerusi miliknya. Sepanjang waktu rehat tadi, Aliyah, Athirah, Rawiah dan Aini tidak habis - habis cuba menolongnya dalam segenap perkara.
Jika tidak dihentikan oleh Aisya dan Syaakirah tadi, agaknya sampai dia betul - betul sihat baru dirinya akan dilepaskan oleh mereka berempat. Boleh tahan juga cara pemikiran mereka itu. Jika dia menjadi semakin kerap jatuh sakit selepas ini, kemungkinan besar banyak hari sekolahnya yang dia akan ponteng.
Imani mengeluh sambil tersenyum lemah apabila memikirkan akan hal itu. Nampaknya dia perlu mula menjaga dirinya sendiri selepas ini.
'Tapi dari mana mahu mula, ya?' Imani bertanya kepada dirinya sendiri.
"Jagalah tidur kau tu. Sudah lebih dua hari kau tak tidur, bukan? Karang sakit, siapa yang susah? Muka ini juga."
Tiba - tiba bebelan Arif timbul dibenaknya membuatkan dia mengeluh kembali. Dia memang mahu tidur, tapi...
Imani mula menangisi nasibnya apabila kembali memikirkan kertas kerjanya yang berlambak di Identity itu. Dengan hari - hari cuti sakitnya itu, pastinya timbunan kertas report itu semakin meninggi.
Imani hanya mampu mengeluh lemah sambil meletakkan kepalanya ke atas mejanya. Nampaknya hajatnya untuk mula menjaga jadual tidurnya mungkin perlu dilupakan buat seketika waktu.
"Cikgu Zuraini cuti hari ni. Awak nak tidur, tidur sajalah. Nanti kalau ada apa - apa, kitorang kejutkan." Imani mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang berbicara kepadanya itu. Nabila yang memandangnya itu diberikan satu senyuman.
"Okay, noted!" Imani berkata gembira sambil membuat isyarat 'okay' dengan tangannya, sebelum mula menyilangkan tangannya di atas meja sebagai bantalnya. Mungkin dia boleh cuba tidur ketika ini, lagipun dia sememangnya memerlukan rehat sekarang ini.
Melihat Imani yang sudah senyap tidur beralaskan lengannya itu, Nabila tersenyum saja sebelum mengalihkan perhatiannya kepada rakan - rakannya semula. Mereka sedang rancak berbual tentang isu - isu hangat dan 'masalah-negara' yang berlaku tika ini.
"Dengar tak pasal serangan dekat kawasan utama Bandar Putra semalam?" Putri bersuara, membuka topik baru untuk perbincangan mereka itu. Mereka yang mendengar pertanyaan Putri itu segera mengangguk.
"Eh, mana tak tahunya. Kecoh masa tu siap ada tembak - tembak bagai. Dengan ada kereta meletup, himpit - himpit bagai." Atiqah menjawab laju. Dia semakin teruja untuk mengulas topik itu bersama rakan - rakannya.
"Tan Sri kan yang kena culik semalam tu? Berani betul diorang serang dekat tempat awam macam tu! Tak takut pulak kena tangkap ke, kantoi identiti bagai." Athirah bersuara pula.
"Itu lah tu! Sudahlah buat dekat tempat awam. Nasib baik tiada siapa yang tercedera. Kalau tak, tak pasal - pasal jadi cerita lain pula." Sumaiyah menambah pula. Wajah masing - masing kelihatan bergitu serius membincangkan insiden yang berlaku semalam.
"Kalau orang korporat diorang berani serang terang - terangan macam ni? Boleh jadi bila - bila masa saja orang awam pun boleh kena serang macam itu juga." Aiyanie berkata dengan nada risau. Apabila melihat klip - klip insiden yang berlaku itu, bulu romanya terus meremang. Dia mula berasa kurang selamat untuk keluar daripada rumahnya.
"Haish, jangan fikir negatif sangat. Insya Allah, tak ada apa - apa kut. Selama ini diorang serang orang - orang bisnes saja, bukan? Kita doa yang baik - baik saja." Syaakirah terus berkata kepada rakannya itu, cuba menenangkan hatinya.
"Tapi itulah, risau pasal keselamatan semua." Terdengar satu lagi suara yang turut mengatakan akan kebimbangannya.
"Insya Allah kita selamat. Pihak berkuasa pun tengah bertungkus - lumus untuk selesaikan hal ni, bukan? Kita fikir positif saja, okay?" Syaakirah memujuk lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Подростковая литература[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)