Imani melajukan lariannya. Kedengaran derapan tapak kaki yang mengejarnya dari belakang. Tangan kanannya yang menggenggam tangan seseorang itu dikemaskan, tidak mahu ada antara mereka berdua yang tertinggal di belakang.
"HOI! JANGAN LARI!" Salah seorang daripada mereka yang sedang mengejarnya menjerit ke arah mereka berdua. Imani hanya berpaling sekilas ke belakang, membuat muka keliru kepada lelaki yang menjerit tadi.
'Apa kau fikir aku ni kurang cerdik ke tak nak lari? Aku pun sayang nyawalah!' Imani menggerutu di dalam hatinya.
"Cik Imani, dekat depan sana!" Kedengaran suara gadis yang sedang dibawanya itu menegurnya. Imani segera melihat ke hadapan mereka. Serta - merta lariannya terhenti.
Kelihatan tiga orang lelaki sudah pun menunggu mereka berdua di hadapan mereka. Nampaknya mereka sudah terkepung. Imani hanya mendengus apabila melihat keadaan itu.
Gadis yang berada di sebelah Imani itu memeluk erat beg kertas yang dibawanya sedari tadi, tidak mahu ada antara isi beg itu tercicir. Jaraknya dengan Imani dipendekkan.
"Jangan risau. Aku dah hantar isyarat pada Uncle, nanti ada pasukan bantuan yang akan tiba." Imani berkata separa berbisik kepada gadis yang bersamanya itu, tidak mahu gadis itu menjadi terlalu takut dengan keadaan mereka sekarang ini.
"Berani betul nak cuba lari daripada kita. Nak kena ajar sikit budak - budak ni!" Salah seorang lelaki yang berada di belakang mereka berkata sambil tercungap - cungap. Imani hanya menjeling mereka tajam.
"Kau tunggu dekat sini. Ambil pelindung ni dulu. Aku setelkan mereka." Imani berkata sambil menyerahkan suatu gadget berbentuk petak kepada gadis itu. Gadis itu memandangnya dengan wajah risau.
"Hati - hati, Cik Imani." Gadis itu berkata perlahan. Imani hanya tersenyum senget.
"Jangan risaulah. Lagipun, kan aku dah cakap, berhenti panggil aku Cik Imani." Usai sahaja Imani selesai berkata - kata, gadis itu segera melangkah maju ke hadapan, mula menyerang insan yang berani menculik mereka berdua.
Satu tumbukan diberi kepada sasaran pertamanya tepat di wajahnya. Lelaki malang itu terus terpelanting ke belakang sehingga melanggar dinding yang berada di belakangnya. Dia sudah tidak sedarkan dirinya.
Penjahat - penjahat yang melihat keadaan rakan mereka itu menjadi sedikit takut dengan gadis itu. Nampaknya mereka mungkin sudah tersilap memilih mangsa mereka!
Imani tidak berhenti di situ. Kakinya diangkat tinggi, sebelum diturunkan laju menghentakkan lantai simen itu. Akibat daripada hentaman kuat daripada Imani itu, lantai yang berada di sekeliling Imnai mulai retak, membuatkan mereka mulai tidak seimbang dan mulai jatuh.
Imani segera mengambil peluang itu dan mula menyerang penyerang - penyerangnya yang lain. Ada antara mereka yang bertindak menghalang serangan Imani itu menggunakan tangan mereka, namun nasib mereka malang apabila Imani bertindak mematahkan tangan mereka, membuatkan mereka menjerit kesakitan.
Gadis yang masih berada di situ melihat pergerakan Imani dengan perasaan teruja. Dia sudah mendengar pelbagai kisah tentang gadis itu. Namun untuk melihat sendiri pertarungan gadis itu di hadapan matanya sendiri, bagaikan mimpinya yang menjadi satu kenyataan yang sangat nyata!
Setiap pergerakan Imani itu kelihatan sangat lembut, bagaikan dia hanya menari di situ. Namun, setiap serangan yang dilakukan oleh Imani memberi impak yang sangat berlainan daripada pergerakannya. Ianya seperti melihat Imani sedang menari lagunya di atas pentas seperti biasa, namun kini ditambah pula dengan serangan Imani yang tampak biasa tapi kuat!
Gadis itu melihat dengan perasaan kagum yang masih berbunga di hatinya. Senyuman lebar tanpa disedarinya terhias di wajahnya. Namun senyumannya terus kendur apabila dia melihat salah seorang daripada penculik mereka yang sudah tumbang mengeluar pistol, ingin menembak Imani tanpa disedari oleh gadis itu sendiri.
YOU ARE READING
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Novela Juvenil[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...