BAB 23

53 13 0
                                    

"Jadi sekarang Silhouette sampai tahu kau sekolah dekat mana pulak?" Ejen Imran berkata sambil mengerutkan dahinya. Ejen Imani mengangguk dengan laju. Semakin lama, dia semakin rasa tidak selamat dengan kewujudan Silhouette yang bagaikan mengetahui segala tindak tanduknya.

"Aku tak pasti. Sebenarnya Silhouette ni kenalan kita ke? Ada siapa - siapa yang kita terlepas ke?" Ejen Aisya berkata sambil memegang dagunya, memikirkan kembali bagaimana Silhouette 'memunculkan' dirinya untukmembantu mereka. 

Bantuan yang diberikan sangatlah berguna bagi mereka memandangkan pada awalnya misi mereka sendiri tiada sebarang petunjuk melainkan petunjuk - petunjuk yang diberikan oleh Silhouette. Niat rakan mereka itu sememangnya betul, namun caranya agak menakutkan mereka!

"Kita fikir pasal siapa Silhouette tu nanti je lah. Sekarang ni kita fokus dulu dengan klu yang kita dapat ni." Ejen Zackwan berkata kepada ahli pasukannya, tidak mahu mereka serabut memikirkan terlalu banyak perkara rumit dalam satu - satu masa.

"Klu apa ni?"

Mereka berempat, memandangkan Ejen Afiq tidak termasuk, tersentak apabila mendengar satu suara menyergah mereka dari belakang. Apabila menoleh ke arah tuan empunya suara, kelihatan Ejen Khas Irfan berdiri di belakang mereka sambil tersengih. Ejen Imani yang melihat muka lelaki itu hanya berpaling ke hadapan kembali dengan muka toya.

"Sibuk je dia ni..." Gerutu Imani. Ejen Khas Irfan hanya membuat tidak endah pada kata - kata Ejen Imani itu dan hanya selamba duduk bersama mereka.

"Ada klu baru daripada Silhouette tu ke?" Ejen Khas Irfan bertanya kembali kepada mereka. Masing - masing hanya berpandangan antara satu sama lain, tidak pasti perlu ataupun tidak memberitahu remaja PURES itu berkenaan dengan klu yang mereka perolehi itu.

"Bagitau je lah budak ni. Karang dia bising dekat Headcore, kita yang kena nanti." Ejen Imani berkata dengan malas apabila melihat rakan - rakannya masih berdiam diri, tidak pasti.

Ejen Khas Irfan yang mendengar kata - kata Ejen Imani itu mengangguk laju. "Haa, bagitau jelah." Dia berkata dengan nada riang.

Ejen Aisya yang masih ragu - ragu hanya memberikan surat tersebut kepada ahli PURES itu, membiarkan  remaja itu membuat spekulasinya yang sendiri.

"Dia suruh pergi dekat sini esok?" Ejen Khas Irfan berkata apabila membaca semula  info yang duberi kepadanya itu. 

Ejen Aisya hanya mengangguk. "Imani yang dapat surat ni. Katanya ada orang hantar surat ni atas nama dia guna alamat sekolah." Gadis itu memberitahu serba sedikit berkenaan dengan surat yang didapati itu.

"Jadi, apa masalah sekarangnya?" Ejen Khas Irfan bertanya semula kepada ahli pasukan Identity itu.

"Maklumat ni...boleh percaya ke?" Ejen Imran memberitahu keraguannya.

Ejen Khas Irfan dengan penuh keyakinan menjawab. "Pastilah boleh! Selama ni semua klu dia sangat berguna, kan? Jadi kenapa nak ragu - ragu lagi? Dia tahu tentang kita semua, menandakan yang dia ni seorang yang pandai mencari maklumat sasaran dia. Kesemua lokasi hantaran klu dia menandakan kepastian kesahihan klu - klu dia.Daripada sejelas - jelas perkara, sehingga sekecil - kecil benda." Ejen Khas Irfan menerangkan panjang lebar.

Meewka yang mendengar penjelasan Ejen Khas Irfan itu hanya emnagngguk dan ber'oohh..' bersama. Kecuali Ejen Imani yang nampak agak menyampah apabila melihat Ejen Khas Irfan yang agak bangga dengan pendapatnya yang tersendiri.

"Sudah, sudah. Lagipun, memang ada laporan yang mengtakan pihak Tan Sri Eric dengan Geng Angkor akan berjumpa dekat sini esok. kita siap sedia saja untuk memberkas mereka esok." Ejen Khas Irfan berkata dengan yakin.

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Where stories live. Discover now