BAB 22

55 14 1
                                        

'Urgh, aku tarik balik kata - kata tadi.' Imani berkata sambil meletakkan kepalanya ke atas mejanya. 

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelasnya, dirinya sudah sepastinya diserbu oleh rakan - rakannya yang lain, menayakan itu ini tentang dirinya. Mujur sahaja Aiyanie dan Nabila menghalau mereka semua dan mula menjadi 'bodyguard'nya, berada di sisinya dan mengambil alih tugas menjawab soalan - soalan yang ditujukan kepadanya.

Oh, itu okay lagi.

Yang tak ok nya cikgu - cikgunya yang keluar masuk ke dalam kelasnya. Kesemua gurunya nampak agak terkejut apabila melihat kehadirannya. Malah ada saja cikgu - cikgu yang dia sendiri tidak berapa kenal, singgah di kelasnya hanya untuk melihatnya dan menanyakan soalan seperti 'Kamu okay?' atau 'Kalau kamu pening atau apa - apa, cepat - cepat pergi ke bilik rawatan, tau!' , di mana hampir kesemua cikgu - cikgu tersebut menanyakan soalan yang sama.

Penat mulutnya menjawab soalan yang sama. Kepalanya juga sudah tergeleng - geleng sedari tadi, asyik memberi respon ke atas soalan - soalan yang ditanyakan.  Kalau boleh rekod, sudah lama dia mainkan saja, tidak perlu menjawab soalan yang sama berulang kali.

Tapi, dia fikirkan hanya 'populariti'nya sahaja yang sebenarnya sedang menyusahkannya sekarang ini.

Namun dia salah.

Setelah sekolahnya ditutup selama seminggu, segala proses pembelajaran terjejas, menyebabkan ramai guru yang cuba melajukan pengajaran mereka apabila sekolahnya dibuka semula dan semuanya kembali seperti biasa.

Yang menjadi satu masalah besar kepadanya pula.

Disebabkan dia pula mnegambil 'cuti tambahan' selama seminggu lagi, sudah terlalu banyak yang dia sudah terlepas di dalam kelasnya untuk setiap subjeknya. TIdak tambah lagi dengan segala kerja sekolahnya yang sudah bertimbun.

Imani mula memarahi dirinya sendiri. Dirinya dahulu terlalu keliru dan tidak dapat berfikir secara rasional. Kan bagus kalau dia suruh saja Clone dia yang pergi sekolah buat sementara waktu yang dia 'cuti' tu?! Tak payah susah - susah macam sekarang T-T.

Imani mengeluh lemah. Sekarang mahu tidak mahu dia perlu siapkan juga kesemua kerja - kerja yang diberikan. Walaupun gurunya memberitahunya supaya tidak terlalu gopoh dna mereka tidak kisah jika dia menghantarnya lewat sikit, takkanlah dia nak hantar lewat dengan selamba pulak?! Hilanglah ciri - ciri pelajar cemerlang dia nanti!

Satu buku latihannya dikeluarkan. Pen sudah berada di tangannya, mula menyiapkan kerjanya berdasarkan nota yang diberi oleh gurunya tadi. Mujur sahaja guur - guru mereka sedang bermesyuarat sekarang ini, jika tidak, mahunya lagi bertangguh kerjanya nanti.

Sekejap - sekejap jam tangannya ditilik. Guru kaunselingnya ada memberitahu untuk berjumpa dengannya pada pukul 2 petang. Katanya mahu memeriksa keadaanya memandangkan keadaan Arif yang sudah sedia maklum kepada seluruh penduduk di sekolahnya itu. 

Dia okay saja, mungkin agak kekok nanti, memandangkan dia agak kurang selesa untuk membuka cerita dengan seseorang yang dia sendiri tidak berapa kenal. Lebih - lebih lagi, ianya guru kaunselingnya. Dia tidak ada pengalaman berjumpa dengan kaunseling sebegini. Dia lebih selesa bercerita dengan orang yang dia percaya dan orang tersebut juga mempercayainya.

"Haih, apa - apa sajalah. Siapkan yang ni dulu. Ada 30 minit lagi." Imani berkata perlahan sambil menyiapkan kerjanya itu. Sudah malas memikirkan keadaannya yang agak terkenal buat masa sekarang.

Tanpa disedari oleh Imani, seorang pelajar lelaki sedang memerhatikannya dari tingkap kelasnya. Tubuhnya agak tersorok, menyebabkan isi kelas itu tidak perasan akan kehadirannya. Dahinya berkerut, wajahnya dimasamkan sambil melihat gadis itu. 

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang