"Jadi, misi kita sekarang ialah untuk cari pembunuh yang selama ni mengganas di Bandar Putra sebelum orang awam pula yang tercedera?" Ejen Imran bertanya, mahu memastikan apa yang disampaikan oleh Ejen Aisya sebentar tadi kepada pasukan mereka dihadamkan olehnya dengan betul.
"Ya, dan kita tiada sebarang klu ataupun petunjuk tentang misi ini, selain daripada profil semua mangsa yang terlibat dalam kejadian ini." Ejen Aisya berkata sambil menggarukan kepalanya, masih buntu bagaimana mahu mulakan penyiasatan mereka itu.
"Siapa yang beri kita misi ni? Lain macam betul beri kita misi yang masih lagi baru dan masih tiada apa - apa info tambahan." Ejen Zackwan berkata sambil menyilangkan tangannya ke dada. Ejen Imani yang mendengarkan kata - kata Ejen Zackwan itu hanya mampu mengangguk, pura - pura bersetuju dengan kenyataan Ejen Zackwan tadi, padahal dirinya sudah tersengih sumbing melihat akibat daripada tindakan luar alamnya itu.
"Komander Kumar beritahu yang ada seorang Headcore yang mahu pasukan kita selesaikan misi kita ini. Apa yang dia nampak dekat pasukan kita pun aku tak tahu." Ejen Aisya berkata lagi sambil menggelengkan kepalanya. Yang lain hanya mengeluh lemah apabila mendengar kata - kata Ejen Aisya itu. Ejen Imani semakin serba salah apabila melihat keadaan mereka itu, namun dia hanya mampu menyertai mereka mengeluh akan nasib mereka itu.
"Aku ada dapat satu intel berkenaan dengan kedua - dua mangsa kita itu."
Kata - kata Ejen Imani terus menyebabkan kepala rakannya semua mulai terangkat memandang ke arahnya. Ejen Imani menjadi sedikit tersentak apabila melihat reaksi mereka itu. Tidaklah pula dia sangka berita yang akan disampaikannya itu akan membuatkan mereka menjadi sangat gembira.
"Baru - baru ini, satu syarikat yang menyiarkan info tentang dunia perniagaan ada keluarkan satu senarai tentang usahawan - usahawan yang terkaya di Bandar Putra. Banyak juga akhbar yang sebarkan senarai tu." Ejen Imani berkata, membuatkan mata Ejen Aisya mula bersinar.
"Jadi kesemua mangsa kita sekarang ni..." Ejen Imran membiarkan kata - katanya tergantung. Ejen imani hanya mengangguk, membenarkan idea yang berada di dalam minda lelaki itu.
"Kesemua mangsa kita ada tersenarai dalam senarai itulah, kiranya ya!" Ejen Aisya berkata sambil memtik jarinya. Ejen Imani sekali lagi mengangguk, mengiyakan kata - kata gadis itu.
"Jadi suspek kita boleh jadi antara usahawan yang berada di dalam senarai itu, ataupun uasahawan yang berkemungkinan akan tersenarai sekali, jika terdapat mana - mana usahawan 'hilang' daripada senarai itu." Ejen Imani berkata lagi, menyambung penerangannya lagi.
"Jadi, senarai tu memang senarai yang rasmilah, ya? Yang memang sudah dibuat kajian dan kiraan semua?" Ejen Arif berkata sambil memandang ke arah Ejen Imani. Ejen Imani hanya membalasnya dengan anggukan.
"Jadi setakat ini, kita sudah mempunyai dua orang mangsa buat masa sekarang." Ejen Aisya berkata sambil memaparkan profil kedua - dua usahawan yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.
"Mangsa pertama, Dato' Zabidi, pengusaha syarikat makanan dan minuman ketiga terbesar di Malaysia. Mangsa ditemui mati dua minggu lepas dan disahkan dibunuh dengan kejam oleh pembunuhnya. Kalau diikutkan pada senarai yang Imani beritahu tadi, mangsa berada di kedudukan yang kelima dalam senarai antara lima usahawan terkaya di Bandar Putra." Ejen Aisya berkata sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan tersebut. Mereka yang lain hanya diam memerhatikan kesemua gambar - gambar yang ditunjukkan oleh Ejen Aisya.
"Mangsa kedua kita, Dato' Seri Hamid, CEO sebuah syarikat pembinaan di Bandar Putra. Mangsa ditemui mati lebih kurang dua hari lepas dan dijumpai di sebuah kilang terbiar di selatan Bandar Putra. Daripada cara pembunuhan mangsa kedua ini, kita boleh simpulkan bahawa pembunuh ini adalah pembunuh yang sama yang membunuh mangsa pertama kita. Mangsa ini berada di tempat keempat dalam senarai tersebut." Ejen Aisya menyambung kata - katanya sambil menunjukkan pula gambar - gambar mangsa kedua mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)