BAB 8

75 14 43
                                        

Imani segera mengemaskan rambutnya dan menyikatnya rapi. Setelah berpuas hati dengan penampilannya itu, dia melebarkan senyumannya di dalam pantulan cermin itu sebelum berlari keluar daripada biliknya itu.

Setelah menghempaskan sahaja pintu biliknya itu tanpa berpaling ke belakang kembali, Imani segera berlari menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah. Namun, langkahnya mulai perlahan apabila dia menyedari bahawa pandangannya tiba - tiba mula dihiasi dengan bintik - bintik hitam. Kepalanya berdenyut lebih kuat menyebabkan Imani memegang kepalanya.

Imani masih terus gagah meneruskan langkahnya namun sampai sahaja dia di hadapan tangga, tiba - tiba badannya terdorong ke hadapan. Pandangannya gelap terus.

"IMANI!"

Imani sedar seketika apabila merasakan seseorang menangkap badannya dari belakang dan menghalangnya daripada jatuh berguling dari tangga itu. Gadis itu cuba mengelipkan matanya beberapa kali, cuba mendapatkan kembali kesedarannya.

"Abang Ikh?" Imani bertanya perlahan apabila dia berpaling ke belakang, cuba melihat wajah insan yang menangkapnya itu. Wajah lelaki itu tampak risau apabila melihat wajah gadis itu pucat seperti mayat.

"Ini kenapa sampai berlari - lari ni? Lapar sangat ke macam mana ni? Ni nasib baik abang sempat sambut. Buatnya tak sempat, hah bergolek Im macam nangka busuk ke bawah tadi." Ikhwan membebel sambil menolong Imani berdiri dengan betul kembali. Imani hanya memuncungkan mulutnya.

"Im nak jumpa Am lah. Lagipun, lapar juga, tadi tengah hari pun kawan bagi makan nasi air sebab tak ada bubur." Imani berkata sambil memeluk lengan abangnya itu.

"Nasi air?" Ikhwan berkata sambil mencangkung di hadapan Imani.

"Haah nasi air- yang abang Ikh ni dah kenapa pula mencangkung depan Im ni? Nak berak pergi tandas dekat depan tu." Imani berkata sambil menunjukkan ke arah tandas yang berada di luar daripada bilik - bilik tidur mereka.

"Eh, budak pucat ni sempat pulak melawak. Naik, abang Ikh Im ni dukung bawak turun bawah." Ikhwan berkata lagi sambil berpaling ke belakang.

"YEAYYY!!" Imani menjerit kecil sebelum melompat ke arah belakang abangnya itu membuatkan Ikhwan terkehadapan sedikit.

"Oi Oi! elok - elok sikit naiknya tu." Ikhwan berkata sambil memegang kemas kaki adiknya itu. Setelah merasakan Imani memeluk lehernya kemas, perlahan - lahan dia bangkit, membuatkan Imani bersorak gembira.

"Ikhwan Airlines will launch soon. Please fasten your seat belt." Ikhwan berkata sambil mengacah - acah bagaikan dirinya sedang bersiap sedia untuk memulakan langkahnya daripada tempat dirinya berdiri bersama Imani yang digendongnya itu.

"Abang Ikh, I'm sixteen." Imani berkata dengan nada suara yang datar.

"Hi, sixteen. I'm Ikhwan, your pilot for today. Please be ready before we fly." Ikhwan membalas bersahaja membuatkan Imani merengek manja.

"Abang Ikh, I'm serious, like dead serious." Imani berkata lagi sambil memuncungkan mulutnya.

"Do I look like I care?" Ikhwan bertanya kembali sambil menoleh ke arah Imani seketika.

"No?" Imani membalas dengan nada hairan.

"Do YOU care about this?" Ikhwan bertanya lagi.

"Nope!" Imani membalas dengan laju sambil mengemaskan lagi pelukannya pada leher Ikhwan.

"Prepare for take off!" Ikhwan berkata dengan riang sambil tersenyum lebar.

"Weeeee!" Imani menjerit gembira apabila abangnya itu mula memulakan langkahnya turun daripada tangga itu.























Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang