BAB 12

76 19 2
                                    

Ejen Arif dan Ejen Zackwan segera berlari ke arah wad yang menempatkan Ejen Aisya, Ejen Imran dan Ejen Afiq. Jantung mereka hampir pecah apabila mendengar insiden yang berlaku ketika ketiga - tiga ahli pasukan mereka berada di hospital yang menempatkan ketiga - tiga saksi mereka.

Ejen Aisya ada berkata bahawa mereka kemungkinan tidak akan menyerang mereka yang berada di hospital terlalu ganas, memandangkan kawasan itu agak ketat dan terkawal. Jadi mereka melebihkan sedikit kekuatan pasukan mereka yang akan pergi ke kilang yang terbiar itu.

Namun nampaknya mereka sudah salah jangka tentang pemikiran musuh mereka.

Mereka ingatkan keberanian musuh mereka hanya sehingga berani menyerang sasaran mereka di kawasan tumpuan umum, namun nampaknya mereka juga berani melawan Ejen Identity di kawasan awam sehingga merosakkan kemudahan awam!

"WOWOWOWOWO STOP STOP STOP!"

Langkah mereka berdua segera berhenti mengejut apabila mendengar jeritan seorang gadis yang berada bersama mereka.

Ejen Imani yang masih berada di atas kerusi roda itu memegang dadanya kejap. Nafasnya naik turun dengan laju. Wajahnya yang putih menjadi pucat lesi. Setelah dia sudah dapat menstabilkan nafasnya, dia memandang tajam ke arah Ejen Zackwan dan Ejen Arif yang ditugaskan untuk menolak kerusi rodanya.

"Apa korang nak bunuh aku ke hah?! Bawak tu elok - elok sikit! Aku dah macam boleh buat drift tadi dekat selekoh tadi!" Ejen Imani memarahi mereka berdua. Badannya sedikit menggigil apabila memikirkan kembali keadaan dirinya yang terhuyung - hayang akibat larian mereka berdua itu.

"Aku tahulah korang risau. Aku pun risau juga ni. Tapi kut ya pun, bawalah aku yang cedera ni dengan berhemah. Hampir tercabut jantung aku tadi." Ejen Imani berkata lagi dengan nada biasa. 

Ejen Arif dan Ejen Zackwan hanya tersengih sumbing sahaja. Ejen Imani hanya menggeleng memandang mereka berdua itu. Kalau dia tak tegur tadi, agaknya dia sudah pun pengsan apabila sampai ke wad yang menempatkan ahli pasukan mereka itu.

"Sorry lah Im, hehehe risaulah sikit kan pasal diorang, Arif?" Ejen Zackwan berkata sambil menyiku Ejen Arif yang berada di sebelahnya. Ejen Arif mengangguk laju, mengiyakan kata - kata Ejen Zackwan itu.

Ejen Imani hanya mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. "Ya, tahu. Tapi aku yang dekat bawah ni tak risau ke? Aku macam naik roller coster tadi, ya." Ejen Imani berkata sambil membetulkan duduknya di atas kerusi rodanya itu.

Jika bukan kerana jahitan lukanya yang perlu dijaga agar tidak terkoyak, sudah lama dia sertai Ejen Arif dan Ejen Zackwan dalam acara 'lumba lari' menuju ke arah wad yang menempatkan rakan - rakannya itu.

Tapi luka dia ni hah mengada sangat! Boleh cepat terbuka katanya!

Ejen Imani mendengus geram. Tapi jika seperti tadi cara dirinya dibawa ke destinasi mereka, boleh terbuka juga rasanya lukanya ini!

"Bawak aku elok - elok sikit, ya. Nak laju tu tak apa, tapi tengok sikit berapa km/j korang berdua bawak tu." Ejen Imani berkata lagi dengan nada geram.

Ejen Arif dan Ejen Zackwan yang mendengar kata - kata Ejen Imani itu hanya tersengih dan mengangguk. Kini, mereka berdua berjalan sedikit laju daripada biasa sambil menolak kerusi roda Ejen Imani itu. Ejen Imani yang mula merasa dirinya berasa sedikit selesa, hanya mengeluh lemah dan menyandarkan tubuhnya ke belakang.

Setelah beberapa minit berjalan, mereka bertiga kini berdiri-  erm...mereka berdua kini berdiri manakala salah seorang masih berada di atas kerusi rodanya, berada di hadapan wad yang menempatkan rakan - rakannya.

Ejen Zackwan mengangkat tangannya dan mengetuk pintu wad itu.

TOK! TOK! TOK!

Sayup - sayup kedengaran suara yang membenarkan mereka untuk melangkah masuk ke dalam wad itu. Ejen Zackwan membuka pintu wad itu.

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Where stories live. Discover now