"Ejen yang bekerja di syarikat milik Dato' Seri Hamid sudah pun ditangkap. Bila - bila masa saja kita boleh pergi soal siasat dia." Ejen Imani berkata setelah mendapat maklum balas daripada pihak keselamatan Identity.
Ejen Aisya terdiam seketika buat sementara waktu, berfikir. Mereka berlima hanya melihat gadis itu, menunggu balasan daripada gadis itu dengan penuh sabar.
"Biarkan saja dia dalam tahanan kita dulu." Ejen Aisya berkata membuatkan mereka berlima menjadi terkejut.
"Tapi, kita mesti perlu tahu isi dalam sampul yang dia beri kepada lelaki misteri tu! Tak apa ke kalau kita biarkan dia lama - lama macam tu? Buatnya dia boleh manipulasi kita nanti, macam mana?" Ejen Zackwan menyuarakan kebimbangannya.
"Kalau dia nak manipulasi kita, biarkan. Kita akan manipulasi dia balik nanti." Ejen Aisya berkata sambil tersengih jahat, membuat mereka berlima mulai takut dengan ekspresi wajah gadis itu.
"Apahal ni, Aisya? Maksud kau? Kita dah macam 'sesat' sikit tau dalam misi ni sekarang. Karang lagi jauh kita ' sesat', payah nanti." Ejen Imran berkata, takut - takut. Gerun pula melihat senyuman jahat gadis itu.
"Imani, Timbalan Headcore Invent, Ejen Amani ada dekat Malaysia sekarang ni, kan?" Ejen Aisya berkata sambil tersengih jahat ke arah Ejen Imani pula. Ejen Imani yang melihat sengihan seram gadis itu perlahan - lahan melebarkan senyumannya dan membalas sengihan 'mesra' Ejen Aisya itu.
"H-haah, sampai hujung bulan ni tak silap." Ejen Imani berkata.
"Dia mesti ada bawa, kan? Barang alatan dia?" Ejen Aisya berkata, melebarkan lagi sengihan 'mesra'nya itu. Ejen Imani yang sudah semakin takut itu hanya mengangguk laju.
Lagipun, Ejen Amani, kembarnya itu, sememangnya akan ubah suai alat ciptaannya supaya dapat berubah ke dalam bentuk pil kapsul supaya mudah untuk dibawa ke mana - mana. Jadi, untuk keselamatan alat - alat ciptaannya yang agak berbahaya, Ejen Amani akan membawanya bersama dia ke mana saja.
"Tak silap aku, salah satu ciptaan Timbalan Headcore Invent dari Identity Japan ialah sarung tangan hipnosis, kan?" Ejen Aisya bertanya lagi.
"Haah - haah. Kalau tak silap, itu ciptaan Am yang paling baharu, tak buat ujian lagi rasanya. Jadi masih tak tahu tahap keberkesanan alat tu." Ejen Imani menjawab. Ejen Aisya tertawa jahat.
"Biarkan Ejen Amani uji alat tu dekat ejen tu, kita tengok sendiri tahap keberkesanan alat tu nanti." Ejen Aisya berkata sambil tertawa jahat. Mereka berlima yang berada di dalam bilik itu mula meremang bulu roma mereka.
Ejen Imani hanya tertawa canggung sambil menggosok - gosok lengannya yang meremang itu. " Nanti aku tanyakan pada Am dulu ya macam mana." Ejen Imani berkata, risau juga sekiranya kembarnya itu menentang dengan idea Ejen Aisya itu. Nanti, lain pula jadinya jika Amani tidak mahu menggunakan manusia sebagai 'tikus makmal'nya.
Jika berlaku perselisihan faham, dia mungkin hanya mampu bergantung pada jawatannya yang sememangnya lebih tinggi daripada Ejen Amani untuk menyelesaikan masalah itu nanti.
Ejen Aisya mengangguk, setuju saja dengan kata - kata Ejen Imani itu sebelum tertawa besar.
"MUAHAHAHAHAHAHAHA! KAU TENGOK SAJALAH NANTI GENG ANGKOR! SORANG - SORANG AKU KEJAR NANTI! HAHAHAHHAHAHAHAHAHA!"
"Parah budak ni." Ejen Imran berkata perlahan. Mereka yang lain hanya mengangguk.
"Memandangkan kita kena berjumpa dengan orang dalam yang berada di Geng Angkor tu esok, aku tak rasa aku dengan Imani dapat sertai esok." Ejen Arif berkata membuatkan mereka sedikit terkejut, termasuklah Ejen Imani.
"Eh, kita ada apa esok?" Ejen Imani bertanya kepada Ejen Arif dengan nada terkejut. Ada apa - apa yang dia terlepas ke?
"Ha, lupalah tu. Kita ada taklimat apa entah esok. Macam penting. Jadi kena pergi sendiri, tak boleh guna klon." Ejen Arif berkata dengan yakin. Ejen Imani yang mendengar jawapan lelaki itu membuat muka toya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Roman pour Adolescents[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)