BAB 4

88 15 36
                                    

"Tengok apa sudah jadi? Aku sudah pesan jangan nak melebih - lebih sangat bukan buat kerja - kerja kau tu? Itulah, degil lagi." Ejen Arif mula membebel sambil bercekak pinggang. Ahli pasukannya yang lain hanya mendiamkan diri, namun mata mereka turut mengatakan perkara yang sama seperti yang dikatakan oleh Ejen Arif tadi.

Ejen Imani yang masih berbaring di atas katil di dalam sebuah wad itu hanya mampu menarik selimutnya untuk menutup hampir separuh wajahnya. Tidak mahu mendengar bebelan lelaki itu dan melihat wajah keruh ahli - ahli pasukannya. 

Sebatang jarum dimasukkan melalui tangannya. Daripada apa yang difahamnya, dia dikatakan dehidrasi dengan agak teruk dan suhu badannya agak tinggi. Mujur sahaja dia tidak akan duduk lama di dalam bilik rawatan itu. Sebaik sahaja Dripnya habis masuk ke dalam badannya, dia sudah boleh keluar daripada situ. Itupun sekiranya suhu badannya tidak tinggi seperti sebelum ini.

Sejujurnya, sudah lama dia tidak jatuh sakit seperti ini. Dia sendiri sebenarnya agak terkejut apabila mendengar bahawa dirinya demam panas sekarang. Tidak silapnya kali terakhir dia jatuh sakit hingga sebegini sekali ialah tahun lepas. Sebelum - sebelum ini pun jika dia merasakan suhu badannya sedikit tinggi, dia masih dapat melakukan aktiviti sehariannya seperti biasa.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Lamunan Ejen Imani berkecai apabila suara Ejen Arif kedengaran di telinganya. Ejen Arif yang masih bercekak pinggang itu memandangnya dengan wajah yang kejuh. Ejen Imani hanya menggeleng, merasakan dirinya terlalu penat untuk menggerakkan mana - mana anggota badannya.

Ejen Arif hanya mengeluh lemah apabila melihat gelengan Ejen Imani itu. Nasib sahaja gadis itu sedang sakit. Melihat keadaan Ejen Imani yang lemah itu bersama dengan wajah pucatnya itu, dirinya mula menjadi panik. Tidak pernah pula dia melihat sisi gadis itu yang sebegini. Jangkaannya gadis itu terlalu kuat sehingga tiada apa yang akan menghentikannya, namun dia hampir terlupa bahawa gadis itu masih seperti seorang manusia biasa.

Ejen Imran meletakkan sebuah plastik putih di meja bersebelahan katil Ejen Imani. "Ini ubat - ubat kau. Pastikan makan ikut masa. Nanti kami gilir - gilir datang periksa kau, boleh?" Ejen Imran berkata, mendapat anggukan daripada Ejen Imani. Mata gadis itu mulai kuyu dan tanpa dirinya sendiri sedar, dirinya sudah mulai tenggelam ke dalam dunia mimpinya sendiri.

Rakan sepasukannya hanya melihat sahaja gadis itu mula dibuai mimpi. Pada raut wajah masing - masing, seribu satu makna tersirat dapat ditafsirkan. Masing - masing mempunyai pemikiran mereka masing - masing.

"Sudahlah, baik kita pergi sekarang. Esok kita periksa Imani semula." Ejen Aisya berkata sambil melangkah ke arah pintu keluar. Mereka berempat yang lain hanya mengikuti sahaja langkah Ejen Aisya di hadapannya.

Langkah mereka berempat terhenti apabila salah seorang Ejen Medic di IMC itu bertembung dengan mereka di muka pintu itu. Mereka berlima melangkah keluar dari situ, memberi laluan untuk Ejen Medic tersebut untuk melangkah masuk ke dalam wad Ejen Imani itu.

"Janganlah risau sangat." 

Suara Ejen Medic itu membuatkan mereka berlima terus mengangkat kepala mereka dan memandangnya. Ejen perempuan medic itu hanya tersenyum kepada mereka. Ejen Imran membulatkan matanya apabila melihat wajah ejen tersebut.

"Kamu ni...Ejen Lily!" Ejen Imran berkata sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Ejen Medic itu. Gadis Medic itu hanya tersenyum ke arahnya.

"Nampaknya kita berjumpa lagi ya, Ejen Imran? Harap keadaan sekarang ini tak berserabut seperti mana keadaan masa kita pertama kali berjumpa dulu." Ejen Lily berkata sambil tersenyum lebar. Ejen Arif dan yang lain yang masih belum mengenali gadis itu memandangnya hairan.

"Ini Ejen Lily, salah seorang kenalan Imani. Masa Ejen Rayyan diracun hari tu, dialah yang tolong kita. Nasib juga Imani ada ramai kenalan dari semua Core." Ejen Imran berkata, memperkenalkan gadis itu kepada ahli pasukannya. Mereka hanya mengangguk - ngangguk sahaja tanda mengerti. Gadis Medic itu hanya tertawa kecil.

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Where stories live. Discover now