Imran memperkemaskan sedikit pakaiannya, cuba memberikan tanggapan pertama yang terbaik daripadanya. Nafasnya ditarik dan dihembus beberapa kali di hadapan cermin, cuba menenangkan hatinya yang sedikit berdebar. Kata - kata Aisya kepadanya diingatkan kembali di mindanya.
"Jangan cuba buat apa - apa yang akan mencurigakan Tan Sri Hilmi. Just ikut saja ke mana dia nak pergi, dapatkan maklumat daripada perbualan dia dengan klien dia. Kita memang dah dalam keadaan yang agak teruk sekarang ni. Sebelum buat sebarang tindakan drastik, fikir dulu. Kalau tak berbaloi, lebih baik kita jauhkan diri daripada perkara tu." Aisya berpesan kepadanya dengan tegas.
Tapi apa yang gadis itu cakap sebenarnya betul juga.
Pasukan mereka kehilangan dua orang ahli yang pakar dalam pertarungan, dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk mereka kembali menjalankan misi seperti biasa.
Lebih - lebih lagi Arif.
Imran mengepal kuat buku limanya apabila dia teringat kembali kejadian yang berlaku ketika dia sampai ke hospital di mana Arif dibawa.
Ibu bapa Arif dan ibu bapa Imani keduanya berada di situ apabila dia tiba di situ. Keluarga Imani nampaknya ingin membawa Imani pulang apabila gadis itu sudah selesai diperiksa. Mujur sahaja tiada kecederaan fizikal pada gadis itu.
Tapi tidak pada mentalnya.
Dia ingin menegur Imani, tapi melihat wajah pucat Imani yang sudah kehilangan sinarnya sebelum ini, membuatkan niatnya terbantut. Dia dapat melihat kekosongan yang berada pada mata gadis itu.
Tetapi satu perkara yang membuatkan dia menjadi takut.
Melihat senyuman yang cuba diberikan oleh gadis itu.
Penuh dengan lakonan.
Imani mengatakan kepada keempat - empat orang dewasa yang berada di situ bahawa dia baik saja, cuma sedikit terkejut. Mungkin akan kembali seperti biasa selepas berehat di rumah.
Jadi mereka sekeluarga terus pulang membawa Imani yang masih tersenyum nipis. Ibu bapanya memandangnya dan menceritakan semula apa yang berlaku kepada Arif, walaupun dia sudahpun mengetahui perkara itu sebelum ini.
Namun semua kata - kata orang tuanya itu hanya dibiarkan seperti angin yang berlalu.
Dia sangat mengenali wajah yang dipamerkan Imani itu.
Wajah yang sama yang pernah dipamerkan oleh Arif sebelum ini.
Yang membawa kepadanya hampir mengambil nyawanya sendiri.
Dia hanya mampu berdoa agar Imani tetap kuat walau apapun yang mengganggu mindanya. Hanya mampu berharap Imani agar terus menjadi kuat seperti sebelum ini.
Tapi dia hairan, apa yang membuatkan Imani menajdi sebegitu?
Perasaan bersalah yang menggunung?
Memang dia akan menyalahkan dirinya, namun dia tidak tahu apa yang berlaku sehingga membuatkan Imani hilang harapan sehingga kehilangan sinar itu tampak di matanya yang kosong itu.
Dia hanya membiarkan saja buah fikirannya itu. Imani cuma memerlukan masa untuk mengembalikan dirinya kembali.
Namun satu lagi berita yang membuatkan dia terkejut.
Arif koma.
Nampaknya salah satu peluru berjaya mengenai kepala adiknya itu. Mujur sahaja tidak mencederakan otaknya.
Namun komplikasi berlaku ketika ingin mengeluarkan peluru, membuatkan adiknya berada di dalam keadaan koma.
Bila dia akan sedar?
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)