"Jadi Tan Sri Mustafa memang terus lesap selepas itu?" Ejen Imran berkata sambil mengurut dahinya. Kepalanya mulai sakit apabila dia menerima berita tentang kehilangan seorang lagi usahawan Bandar Putra pada lewat malam itu.
Ejen Aisya hanya mampu mengangguk sambil mulutnya melepaskan satu keluhan perlahan. Sepanjang petang tadi, dia cuba mencari hubungan antara dua mangsa mereka sebelum ini untuk membuktikan bahawa kejadian yang berlaku itu ialah pembunuhan bersiri, namun semuanya hampa. Apa yang dijumpainya hanyalah senarai lima orang usahawan Bandar Putra yang terkaya itu sahaja.
Dan tadi, dia baru sahaja mendapat info bahawa seorang lagi usahawan diserang di tempat awam. Berdasarkan cara serangan musuh mereka itu, dia dapat rasakan musuh mereka ini sememangnya sangat berani untuk membuat serangan sebegitu di hadapan khalayak ramai sebegitu.
Berdasarkan senjata api yang digunakan dalam serangan petang tadi, mereka mengagak bahawa ianya senjata yang diseledup oleh organisasi atau kumpulan itu. Menggunakan kereta yang tidak bernombor plat itu semakin menyusahkan mereka untuk menjejak kembali kedudukan mereka selepas daripada serangan itu.
Mujur sahaja tiada orang awam yang tercedera akibat daripada letupan kenderaan milik Tan Sri Mustafa itu. Yang ada pun hanya cedera ringan dan sudahpun menerima rawatan mereka. Kedua - dua pengawal peribadi milik Tan Sri Mustafa dan juga pemandunya juga sudah dihantar ke hospital yang berada di bawah pengawasan Identity.
Mereka di Identity juga bernasib baik kerana menjalinkan hubungan dengan syarikat keselamatan yang merekrut pengawal - pengawal peribadi itu menjaga keselamatan Tan Sri Mustafa. Sekurang - kurangnya mereka mungkin dapat mengetahui sedikit info berkenaan dengan kejadian petang tadi.
Bukan setakat itu sahaja, mereka juga baru sahaja menyedari berkenaan dengan kegiatan godam yang berlaku ke atas rakaman CCTV yang berada di sekitar Bandar Putra. Nampaknya selama ini rakaman CCTV yang mengawasi setiap jalan di seluruh Bandar Putra sudah pun dimanipulasi, menyebabkan tiada jejak pun yang dapat ditemui jika diperiksa setiap kamera CCTV itu.
Itupun mereka baru menyedarinya apabila ingin memeriksa rakaman CCTV yang berada di sekitar kawasan berlakunya kejadian petang tadi. Pihak mereka sendiri terkejut apabila mengetahui tentang perkara itu kerana daripada kenyataan mereka, kejadian petang tadi ada sahaja terlayar di skrin mereka ketika kejadian itu berlaku, namun apabila mereka ingin memeriksanya kembali, rakaman CCTV tersebut seakan - akan dipadam oleh seseorang dan digantikan dengan rakaman hari - hari yang lepas.
Ejen Aisya mengeluh lagi apabila menyedari betapa teruknya keadaan mereka kali ini.
"Jadi kita tidak dapat jejaki arah kereta - kereta musuh kita selepas dan sebelum daripada serangan petang tadi. Kita ada dapat info tentang senjata dan peluru yang digunakan oleh mereka, dan kalau kita mahu lagi info tambahan, kita mungkin perlu tunggu mereka betul - betul stabil dahulu." Ejen Aisya berkata sambil memicit kepalanya.
"Bagaimana dengan orang awam yang ada semasa kejadian tu?" Ejen Arif bertanya apabila teringat akan kejadian itu yang berlaku di kawasan awam itu.
"Pihak berkuasa ada ambil keterangan mereka, nanti bila selesai, rekod kesemua keterangan akan dihantar pada kita. Harap - haraplah ada info yang berguna untuk dijadikan petunjuk dalam misi kali ni." Ejen Aisya membalas.
"Jadi, seorang lagi usahawan yang tersenarai dalam senarai lima usahawan terkaya di Bandar Putra diserang lagilah ni?" Ejen Imran bertanya pula.
"Yup. Jadi kita hanya tinggal Dato' Mustaqim dan Tan Sri Sulaiman." Ejen Aisya membalas lagi sambil menayangkan senarai tersebut ke monitor yang berada di dalam bilik itu.
"Kau dapat tahu tak senarai baharu yang akan keluar bulan hadapan?" Ejen Zackwan pula bertanya. Ejen Aisya mengerutkan dahinya sebelum jari - jemarinya mula menari di atas papan kekunci di hadapannya.
YOU ARE READING
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Dla nastolatków[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...