BAB 14

74 16 2
                                        

TOK! TOK!

Perhatian mereka segera dialihkan daripada gambar - gambar itu ke arah pintu bilik taklimat mereka. Di muka pintu itu, kelihatan seorang Ejen Medic berada di situ.

"Tan Sri Mustafa sudah selesai dirawat. Keadaan dia sudah stabil. Jika kamu semua mahu soal siasat, sila pergi ke wad B-11" Ejen Medic itu berkata dengan wajah kosong.

"Oh, baik. Terima kasih atas pemberitahuan." Ejen Aisya berkata kepada ejen itu.

Ejen Medic itu hanya mengangguk sebelum berjalan menjauhi bilik taklimat mereka itu. Mereka berenam hanya melihat saja Ejen Medic berjalan sehingga hilang daripada pandangan mereka.

"Nak soal siasat Tan Sri Mustafa terus ke?" Ejen Zackwan bertanya kepada Ejen Aisya. Namun tiada balasan yang diperolehi daripada gadis itu.

Ejen Zackwan memandang ke arah Ejen Aisya. Kelihatannya gadis itu merenung jalan yang dilalui ejen itu dengan tajam.

"Kenapa pula ni?" Ejen Imran bertanya pula apabila melihat renungan tajam gadis itu.

"Kenapa nak susah datang sini kalau diorang boleh hantar notifikasi dekat kita?" Ejen Aisya berkata perlahan, namun masih jelas didengari oleh mereka berlima.

"Jangan - jangan tu pengintip musuh tak?" Ejen Arif berkata dengan cemas.

Ejen Aisya mengetap bibirnya rapat. Kakinya segera digerakkan, ingin mengejar 'Ejen Medic' yang sudi memaklumkan mereka secara peribadi kepada mereka tentang keadaan mangsa mereka itu.

Namun sebaik sahaja mereka sampai di kawasan yang sepatutnya 'Ejen Medic' itu berada, tiada satu pun Ejen Identity yang berada di situ. Mereka berenam mulai melihat di sekeliling mereka kalau - kalau ternampak kelibat perisik tersebut.

"Dia dah lari ke?" Ejen Arif bertanya kepada rakan - rakannya.

"Nampaknya macam tu lah." Ejen Imran berkata lemah apabila dia sudah tidak melihat sesiapa yang berada di laluan itu.

"Periksa rakaman CCTV yang ada dekat kawasan ni. Aku tak rasa dia boleh lenyap dalam sekelip mata macam ni." Ejen Aisya berkata dengan tegas sambil melangkah kembali ke bilik taklimat mereka.

Sampai sahaja mereka di bilik itu, Ejen Arif dan Ejen Imran segera memeriksa rakaman CCTV yang dikatakan oleh Ejen Aisya tadi. Mujur sahaja Ejen Arif pakar dalam hal itu, memandangkan dia sudah banyak kali menggodam sistem rakaman CCTV di Identity untuk memeriksa aktiviti Ejen Imani di Core A - Bomb.

"Nampaknya dia dah godam rakaman CCTV tu. Dia gantikan rakaman 12 jam yang lalu dengan rakaman minggu lepas. Aku tak tahu dia muncul dekat mana sekarang ni. Dia macam terus hilang dari sini tadi." Ejen Imran berkata dengan nada kesal. Ejen Arif yang membantunya mengeluh lemah.

"Aku rasa dia datang tadi nak tahu tentang progres kita untuk masa ni." Ejen Aisya membuat spekulasi. Tangan gadis itu mula memicit dahinya, kepalanya mula berdenyut.

Jika musuh mereka sendiri berani memunculkan dirinya tanpa sebarang perlindungan sebegitu, pastinya dia berasa yakin dengan keselamatan dirinya terhadap ancaman agensi itu. 

"Nampaknya mungkin dia ada nampak gambar tadi rasanya." Ejen Imani berkata sambil memandang ke arah Ejen Aisya.

"Boleh jadi juga dia mahu lihat bagaimana kita dapat tahu tentang lokasi Tan Sri Mustafa, tapi dia faham ke tentang maksud gambar - gambar matahari terbenam tu? Kita sendiri baru buka gambar - gambar tu tadi. Apa - apa pun tak tahu lagi nak buat sekarang ni." Ejen Aisya berkata sambil melihat kembali ke arah klu yang diberi kepada mereka itu.

"Tan Sri Mustafa dah betul - betul sudah stabil ke?" Ejen Zackwan bertanya.

"Belum lagi. Masih sedang dirawat. Aku ada tanya Ejen Lily tadi." Ejen Imani berkata sambil menunjukkan mesejnya bersama Ejen Lily, rakannya yang merupakan Ejen Medic di IMC itu.

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang