BAB 18

93 16 72
                                        

'Putra Special Rescue Squad?! The famous under-government organization? The 'PURES'*?!' (*acronym utk Putra Special Rescue Squad)

Mereka berempat membuntang apabila mendengar nama organisasi itu. Komander Kumar, penyelia pasukan mereka pernah bercerita kepada mereka dahulu tentang organisasi itu.

Dikatakan pada mulanya, pasukan yang ditubuhkan untuk organisasi itu hanya mengandungi tidak lebih sehingga 20 orang sahaja. Orang - orang yang dipilih pula semuanya daripada pasukan polis Bandar Putra yang elit dan pakar dalam banyak perkara.

Namun selepas beberapa tahun ditubuhkan, organisasi itu mulai berkembang dan mula mengambil remaja - remaja yang berkelayakan untuk menjadi pelatih mereka sebagai pelapis untuk organisasi itu.

Daripada apa yang mereka pernah dengar sebelum ini, corak latihan PURES dan Identity sangat jauh berbeza. Berbanding Identity yang mengejar kualiti ejen - ejen mereka, di PURES, latihan mereka berasaskan latihan ketenteraan. Kesemua ahli di dalam organisasi itu handal berlawan dan mahir menggunakan apa saja jenis senjata dan juga bom.

Dan satu perkara yang pernah Komander Kumar berpesan kepada pasukan mereka tentang organisasi tersebut ialah...

"Jangan pernah sekali - kali ganggu operasi mereka jika tiada asbab yang munasabah dan tanpa kebenaran daripada Barisan Headcore."

Aisya yang berada di situ tersenyum canggung. Ejen Khas Irfan melihat keadaan mereka berempat atas bawah, bagaikan sedangn mengkritik pasukan itu.

"Maaf Ejen Khas Irfan. Kami sepasukan sebenarnya memang tak tahu menahu tentang PURES ada buat operasi penangkapan Tan Sri Hilmi. Sebenarnya Tan Sri Hilmi juga merupakan salah seorang suspek kami." Aisya cuba memberi alasan. Tidak mahulah pula dia cari pasal dengan mereka!

"Suspek? Dari apa yang ahli pasukan kamu ada cakap tadi, nampaknya kamu sedang menyiasat tentang pembunuhan usahawan di Bandar Putra, ya?" Ejen Khas Irfan bertanya kepada mereka mereka. Mereka berempat hanya mengangguk.

"Kamu ada dengar tentang Geng Angkor belum?" Ejen Khas Irfan lagi.

"Dah. Dari siasatan kami, kumpulan tu lah yang mengendalikan segala kerja pembunuhan semuanya. Kemungkinan besar diupah oleh salah seorang daripada usahawan yang turut berada di dalam senarai lima orang usahawan terkaya di Bandar Putra." Aisya berkata pula.

Ejen Khas Irfan hanya mengangguk apabila mendengar penjelasan Aisya itu. "Nampaknya kamu berempat sudah pun tahu agak banyak tentang kes ni. Tapi, saya syorkan untuk fokus pada Tan Sri Eric sahaja. Sebelum - sebelum ini kami ada siasat tentang kes dia berurusan dengan ketua Geng Angkor. Rasanya dia masih gunakan cara yang sama untuk dapatkan apa yang dia nak." 

Ejen Khas Irfan berkata sambil menghulurkan sebuah kad memori dari dalam bekas yang tersusun pelbagai kad memori yang lain. Aisya agak ragu - ragu, tapi masih mengambil kad memori yang dihulurkan kepadanya.

"Ini rekod tentang urusan Tan Sri Eric dengan Geng Angkor. Buat saja sebagai panduan. Anggap saja sebagai tanda 'terima kasih' sebab bantu kami supaya Tan Sri Hilmi tak lagi syak dengan lakonan kami." Ejen Khas Irfan berkata. Mereka berempat hanya tersenyum canggung.

"Tapi, nasihat saya, jangan masuk campur dengan hal PURES. Nasib baik sahaja bertembung dengan ops saya. Jika dengan orang lain, mungkin dah kena tahan dah. Ini pun sebab pasukan kamu ada hubungan yang 'baik' dengan PURES, jadi saya lepaskan kamu berempat." Ejen Khas Irfan berkata sambil menjongketkan bahunya.

"Hubungan baik?" Zackwan bersuara akhirnya.

"Siapa lagi kalau bukan budak Imani tu? Dengar cerita salah seorang daripada ahli pasukan kamu sedang koma sebab nak lindungi Imani. Imani pula sedang berkurung di rumah. Tinggal lah kamu berempat." Ejen Khas Irfan berkata sambil membuat muka sinis. Imran tersentak sedikit apabila mendengar remaja lelaki itu menyebut perihal keadaan adiknya.

Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang