Di Lapangan Terbang Putra, kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual, berkaca mata hitam sedang menolak beg rodanya sambil menilik telefon pintarnya. Sekejap - sekejap matanya melilau ke sekeliling persekitarannya, mencari kelibat seseorang.
'Mana dia ni? Kata dah sampai, tak nampak pulak batang hidung dia...' Lelaki itu bermonolog di dalam hatinya.
Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan, cuba mengesan insan yang sedang dicarinya itu. Dengan kesibukan tempat itu sekarang ini, kemungkinan ianya agak sukar baginya juga bagi insan yang menunggunya untuk berjumpa.
Telefonnya dibuka semula. Nombor telefon orang itu didailnya, namun panggilannya tidak diangkat. Dia mengerutkan dahinya dan memandang skrin telefonnya.
"Dah kenapa pulak tak angkat ni?" Dia bertanya perlahan, hairan apabila panggilannya tidak disambut.
Lelaki itu hanya meneruskan perjalanannya ke arah kawasan yang kurang sesak, berharap agar dia mudah mencari dan juga mudah dijumpai. Jam tangannya ditilik, risau sekiranya dia salah memberitahu masa mendaratnya memandangkan dia berada di zon waktu yang lain sekarang ini.
Dia berniat ingin menelefon insan itu kembali, namun tindakannya terhenti apabila dia mendengar satu suara memanggilnya.
"RYUUU!!!"
Dia segera berpaling dan tersenyum lebar apabila melihat kelibat seorang gadis yang sedang berlari ke arahnya. Tangannya segera didepakan, menangkap gadis itu ke dalam pelukannya.
Mereka berdua berpelukan agak lama. Masing - masing tidak menghiraukan keadaan hiruk pikuk dan kebisingan di lapangan terbang. Masing - masing hanya menikmati waktu yang sedang mereka ada sekarang ini sahaja.
Setelah beberapa ketika, mereka mula menjarakkan sedikit tubuh mereka berdua, namun masih tidak lepas daripada memegang bahu satu sama lain. Satu senyuman diberikan antara satu sama lain.
Ryu hanya menggeleng dan mencium kepala gadis itu. Kepala gadis itu ditepuknya lembut. Beg rodanya dicapai kembali, manakala satu tangan lagi memegang erat tangan gadis itu.
"Kenapa tadi Ryu call tak angkat, hmm?" Ryu bertanya gadis itu. Gadis itu hanya tertawa kecil.
"Saja. Tak nak lah dengar dalam fon macam tu. Nak buat surprise macam ni!" Gadis itu berkata sambil tersengih.
Ryu hanya menggeleng, kenal sangat dengan perangai manja gadis itu ketika bersamanya. Kaki mereka berdua melangkah ke arah pintu keluar lapangan terbang itu.
"Imani datang sorang je ke?" Ryu bertanya kepada gadis itu.
Imani hanya memandang Ryu sambil tersenyum sebelum memandang kembali ke hadapan. "Tak adalah. Am ad sekali dengan abang Ikh. Tadi dah ajak Am keluar sekali ambik Ryu, tapi dia tak nak. Dia cakap dah nak muntah tengok muka Ryu masa dekat Jepun." Imani berkata sambil membuat gaya ingin muntah.
Ryu hanya tertawa melihat keterujaan Imani itu. Agak lega apabila melihat gadis itu kembali seperti sedia kala. Dengarnya daripada Amani, rakan Imani yang menyelamatkannya telah pun sedar dari koma dan sedang dalam proses pemulihan. Mungkin nanti dia boleh berjumpa dengan manusia tersebut dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Ryu duduk sini sampai bila?" Imani bertanya kepada lelaki itu dan memandangnya dengan matanya yang bulat.
Ryu yang melihat riak wajah Imani itu hanya menggeleng dan menepuk kepala gadis itu lagi. "Tak tahu lagi. Nanti bila papa dah panggil, Ryu baliklah." Ryu menjawab pertanyaan gadis itu.
Imani kelihatan agak berpuas hati dengan jawapan Ryu itu. "Kalau uncle panggil Ryu cepat sangat, Imani ugut uncle nanti suruh bagi Ryu cuti lama - lama." Imani berkata denagn penuh semangat. Ryu hanya tertawa lagi, seronok melayan kerenah gadis itu.
"Yelah, tolong Ryu biar papa bagi cuti lama - lama, okay?" Ryu berkata sambil membuat tanda 'ok' dan mengenyitkan matanya kepada Imani.
"Ditanggung beres!" Imani segera membalas dan memberi 'Thumbs Up' kepada Ryu.
Mereka berdua tertawa lagi, meneruskan pula perjalanan mereka ke arah kenderaan mereka yang diparkir tidak jauh dari situ.
SNAP! SNAP! SNAP!
Tanpa mereka perasan, setiap gerak geri mereka tadi ditangkap dan diperhatikan oleh seseorang yang menutupi hampir seluruh tubuhnya termasuklah mukanya.
Setelah melihat kedua mereka menaiki kenderaan mereka dan bergerak jauh dari situ, paparazi itu memeriksa kembali gambar - gambar mesra Ryu dan Imani itu. Satu senyuman terbit di wajahnya.
Dia menyimpan kameranya dan mula berjalan jauh dari tempat berdirinya, mula memikirkan strateginya yang lain.
Bersambung??
p/s: jgn lupe baca author's note tau! Hehe~
![](https://img.wattpad.com/cover/264121760-288-k56067.jpg)
YOU ARE READING
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Novela Juvenil[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...