"Apa yang kau buat dekat sini?"
Ejen Imani bertanya kepada gadis yang berada di hadapannya itu. Terkejut juga apabila menyedari kehadirannya di dalam bilik itu bersamanya. Seingatnya sudah beberapa bulan mereka berdua tidak berkomunikasi.
Fasha mendengus perlahan. Tangannya disilangkan ke dadanya. Ejen Imani dipandangnya dengan pandangannya yang bagaikan sedang mengkritik keadaan dirinya. Setelah beberapa minit Fasha akhirnya menggelengkan kepalanya.
"Aku ada dengar berita pasal cubaan nak 'cedera'kan kau haritu. Dengarnya kau macam takut sekarang ni. Pelik jugak aku. Seingat aku ni bukannya kali pertama kau kena serang macam ni. Tapi kenapa kali ni kau takut semacam?" Fasha bertanya kepadanya terus.
"Kenapa pulak kau nak tahu? Sudah lah tiba - tiba datang tak bagitahu bagai. Kalau ada yang tahu kau dekat sini, aku malas nak ambik tahu. Aku tak bukan dalam mood nak cari pasal dengan orang harini." Ejen Imani berkata sambil kembali baring dan ingin menarik selimutnya kembali namun ditahan oleh Fasha.
"Sabarlah kejap Im! Pandai - pandai aku masuk, tahulah aku nak keluar macam mana nanti!" Fasha berkata sedikit geram melihat Ejen Imani yang betul - betul malas melayannya itu.
"Kenapa kau ni? Sampai datang jumpa aku bagai ni? Ada hal mustahak apa ni?" Ejen Imani berkata, turut berang apabila rehatnya diganggu.
"Tak silap aku, pasukan kau tengah siasat kes yang ada terlibat dengan Geng Angkor, kan? Sindiket ketua kumpulan kongsi gelap No.1 di Bandar Putra tu?" Fasha berkata kepada Ejen Imani. Ejen Imani menjongketkan keningnya sebelum mengangguk perlahan.
"Haah. Kenapa?" Ejen Imani bertanya ringkas.
"Aku..." Fasha berkata sambil matanya dileretkan ke kiri dan ke kanan. Ejen Imani semakin hairan dengan tingkah laku musuhnya yang tiba - tiba datang berjumpanya ini.
Dekat Identity pula tu!
"Aku..." Fasha mengulangi lagi kata - katanya. Ejen Imani mulai bosan apabila mendengar kata - kata Fasha yang masih tidak tersambung itu.
"Aku, aku... Aku apa?! Cepat sikit! Aku nak tidur ni!" Ejen Imani berkata, menyergah gadis di hadapannya itu. Fasha tersentak sedikit akibat daripada sergahan Ejen Imani itu. Dia segera menenangkan dirinya dan menepuk bahu Ejen Imani, marah.
"Sabarlah! Aku tak tahu macam mana nak cakap pasal ni dengan kau. Kau ingat senang ke nak bagitahu kau ni? Nak kena seludup masuk Identity bagai. Payah tau?" Fasha berkata dengan marah. Tangannya disilangkan kembali.
Gadis itu mengeluh lemah. "Apa yang kau payah sangat nak bagitahu aku ni?" Ejen Imani bertanya lagi. Fasha hanya mengerutkan wajahnya, masih mencari kata - kata yang sesuai untuk memberitahu hajatnya itu.
"Aku ada info pasal Geng Angkor. Diorang ada buat plan baru. Dengar kata tengah tunggu kau semua serang seorang Tan Sri ni. Itu saja yang aku tahu." Fasha berkata dengan nada geram. Tangannya disilangkan sekali lagi sambil matanya melirik ke arah lain. Ejen Imani mengerutkan dahinya.
"Apa yang kau nak takutkan sangat ni? Itu saja pun. Cakap sajalah." Ejen Imani berkata dengan nada hairan. Fasha mendengus marah.
"Manalah aku tahu! Kau terima sajalah info ni!" Fasha berkata lagi.
"Dari mana kau dapat info ni kalau bukan dari kau info ni?" Ejen Imani berkata. Tangannya diletakkan di dagunya sambil matanya memandang Fasha lama. Gadis itu menjadi tidak keruan apabila dirinya diperhatikan sebegitu oleh Ejen Imani.
"Kau...kenapa pulak kau tengok aku macam ni?! Kau terima sajalah. Tak payah banyak tanya." Fasha berkata dengan geram. Wajahnya yang keruh membuatkan Ejen Imani semakin pelik dengan gadis itu yang tiba - tiba mahu membantunya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)